Sangat 'gentle' di tekak! Dali (Aaron Aziz) berkongsi cara mudah buat Milk Custard Tart yang ekstra 'smooth' menggunakan Susu GOODDAY Strawberi. Nikmati selepas hidangan Nasi Ayam Bawang Goodday.
Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’. Jom intai resepi penuh di bawah!
1. Inti Custard: Pukul telur dan gula sehingga sebati. Masukkan Susu GOODDAY Strawberi, vanila dan tepung kastard. Kacau rata dan tapis supaya inti menjadi licin.
2. Susun kulit tart di atas tray pembakar. Tuangkan inti custard sehingga ¾ penuh bagi setiap kulit tart.
3. Membakar: Panaskan oven pada suhu 170°C. Bakar selama 20-25 minit sehingga custard set dan permukaan tart sedikit keemasan.
4. Biarkan sejuk seketika sebelum dikeluarkan untuk rasa yang lebih mantap.
Berhasil buat tart ni?
50 orang telah mencuba resepi ini.
Setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai ramuan utama. Jangan lupa layari Gempak.com untuk info lanjut!
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Dapatkan juga menu masakan ini di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari ini.