Skip to main content

Viral

"Kudos Siapa Yang Faham" - Fazley Yaakob Jelaskan Maksud Posting 'Selekah Ke Bazar Ramadan'

Astro Gempak fazley selekeh

Sekilas

  • Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangan tentang pentingnya menjaga penampilan ketika ke bazar Ramadan, bukan hanya semasa bercinta tetapi juga selepas berkahwin dan berkeluarga.
  • Perkongsian Fazley mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang berpendapat bazar Ramadan adalah tempat membeli makanan, bukan untuk menilai penampilan orang lain.
  • Fazley menjelaskan bahawa niatnya adalah mengajak orang menjaga imej diri dan keluarga dengan kemas, bukan untuk menghakimi atau menimbulkan kontroversi.

Perkongsian Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengenai isu penampilan ketika ke bazar Ramadan pada Sabtu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Fazley meluahkan pandangan mengenai sikap segelintir individu yang menurutnya kurang mengambil berat tentang penampilan diri ketika berada di tempat awam.

Dalam hantaran tersebut, Fazley menegaskan bahawa soal penampilan bukan hanya penting ketika bercinta, tetapi juga selepas berkahwin dan berkeluarga.

“Kesian bila tengok di bazar Ramadan… mereka yang selekeh dan seolah-olah tak kisah mata memandang. Penampilan sangat penting, bukan hanya waktu bercinta tapi paling penting lepas dah ada anak juga.

“Sang suami berusaha jaga penampilan, trim rambut setiap dua minggu, perfume dan deodorant pun lengkap, tapi isteri cuma berbaju kelawar dan bertudung sengat? Sama juga yang isteri cantik bergaya, make up terletak, wangi bila lalu sebelah… tapi suami macam lepas bergusti dengan beruang. Tak boleh ke sama-sama menjaga?" tulisnya di Threads.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Ada yang berpendapat bahawa bazar Ramadan bukanlah tempat untuk menilai penampilan orang lain, sebaliknya fokus utama adalah membeli makanan.

“Banyaknya masa nak sibuk hal rumah tangga orang lain. Kita kalau pergi bazar fokus nak beli makanan saja, bukan nak tengok wayang di balik tu buat review,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi pengguna media sosial turut memberikan pandangan bahawa setiap orang mempunyai keutamaan tersendiri; “Pergi bazar Ramadan je pun. Dengan bersesak macam tu, bukannya masa nak judge penampilan orang. Awak jaga penampilan isteri atau perempuan dalam keluarga awak dah cukup.”

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa isu sebenar bukanlah soal pakaian, tetapi sikap terlalu memerhati orang lain di tempat awam.

“Pakai baju kelawar dengan tudung sengat pergi bazar tak jadi masalah pun. Kita tak tahu si isteri berhias bagaimana di rumah. Berhias cantik untuk suami bukan tatapan orang lain.

“Yang jadi masalah kat sini, golongan yang pergi bazar sibuk memerhati pakaian orang lain sampai bazar jadi sesak. Sepuluh kali round bazar semata nak tengok orang," tulis individu lain.

Melihat kepada pelbagai reaksi tersebut, Fazley kemudian tampil memberikan penjelasan lanjut mengenai hantaran asalnya.

“Adoi… ada juga yang terasa bila saya share pasal ‘selekah ke bazar Ramadan’ tapi ramai juga yang faham apa yang saya cuba sampaikan. Kudos pada yang faham.

“Buat yang terasa tu mungkin termakan cili kot? Maaflah ye. Dia macam ni, janganlah terlalu selekeh bila keluar kat kawasan ramai orang. Bukan masalah orang judge kita, tapi kita jagalah sikit penampilan diri masing-masing.

“Jaga imej diri dan keluarga, basically asalkan kemas ok dah," tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must-Watch Video

Advertisement