Sekilas
- Polis India sedang memburu empat suspek yang merogol seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Madhya Pradesh.
- Suspek bertopeng memecah masuk rumah mangsa dan merancang untuk membunuhnya, tetapi gagal kerana kehadiran orang ramai.
- Ganjaran sebanyak 10,000 rupee ditawarkan untuk maklumat yang membawa kepada penahanan suspek.
Polis di India giat memburu empat individu yang tergamak memperkosa seorang warga emas berusia 90 tahun.
Menurut laporan media tempatan, mangsa sedang nyenyak tidur di rumahnya di daerah Khandwa di Madhya Pradesh apabila keempat-empat pelaku bertopeng memecah masuk dan menyerangnya ketika kejadian pada awal bulan lalu.
"Wanita itu kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir. Kesemua suspek juga merancang untuk mencampakkan mangsa ke dalam perigi dengan niat mahu membunuhnya.
“Namun, tindakan itu tidak diteruskan kerana orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.
"Nenek itu hanya ditinggalkan di sebuah padang sebelum mereka melarikan diri," menurut jurucakap pihak berkuasa.
Mangsa yang cedera ditemui penduduk kampung dan dihantar pulang ke rumahnya.
Anak perempuannya yang melihat keadaan ibunya bertindak segera membuat aduan kepada polis.
Operasi menjejaki kesemua pelaku telah dilancarkan dan ganjaran sebanyak 10,000 rupee (RM425) turut ditawarkan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan mereka.
Sumber: Sinar Harian