Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Kena ‘Serbu’ Di MITEC, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Layan Peminat Dalam Sesak - “Majlis Restu Ilmu Ke Ni”

Astro Gempak 285

Sekilas

  • Khairul Aming mencuri tumpuan di acara di MITEC apabila dikerumuni peminat yang mahu bergambar dengannya.
  • Beliau kelihatan mesra dan melayan peminat dengan baik walaupun suasana agak sesak.
  • Netizen memuji sikap rendah diri dan ramah Khairul Aming dalam berinteraksi dengan orang ramai.

Kehadiran pempengaruh dan usahawan Khairul Aming di sebuah acara di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) mencuri perhatian ramai apabila dikerumuni peminat yang ingin bergambar dengannya.

Menerusi satu video yang tular dalam media sosial, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA dilihat mengenakan baju Melayu berwarna biru sambil menyantuni orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar bersamanya.

Dalam rakaman tersebut, usahawan berkenaan dilihat melayan peminat dengan mesra walaupun berada dalam keadaan sesak ketika acara berlangsung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ramah dan rendah diri Khairul Aming ketika berdepan peminat.

“Jumpa Khairul Aming dekat Absolut Bazaar! Dia sangat baik dan layan semua orang dengan baik.

“Nasib baik dia tinggi, ambil gambar dari jauh pun boleh. Kalau tidak makin sesak.

“Majlis restu ilmu ke ni,” komen seorang lagi pengguna.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement