Skip to main content

Hiburan

Rakam 80 Babak Dalam Sehari, Nadhir Nasar Puji Komitmen Barisan Pelakon - "Kalau Ikut Logik Memang..."

Nadhir Nasar

Pelakon dan pengarah, Nadhir Nasar mengakui banyak rintangan yang perlu dilaluinya sewaktu mengarahkan iklan raya berjudul Bila.

 

Menurut Nadhir, perkara itu pada awalnya kelihatan agak mustahil untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat. Namun hasil kerjasama semua pihak, penggambaran tersebut akhirnya berjaya diselesaikan.

 

“Kami menjalani penggambaran iklan ini selama sehari sahaja dan lebih 80 ‘frame’ diperlukan.

 

“Kalau ikut logik akal sebenarnya memang tak masuk akal untuk siapkan lebih 80 babak iklan dalam satu hari. Namun kami berjaya menyiapkannya.

 

“Ini bukan usaha saya seorang, tetapi hasil kerja barisan pelakon hebat yang mampu melakonkan setiap babak dengan hanya satu ‘take’ sahaja,” katanya kepada Gempak.

 

Berkongsi lanjut, Nadhir memberitahu iklan raya tersebut merupakan karya ketiganya sebagai pengarah untuk projek Aidilfitri.

 

Menurutnya, pasukan produksi mereka juga pernah menghasilkan pelbagai projek lain termasuk muzik video, filem pendek dan iklan komersial.

 

“Rasanya ini iklan raya ketiga yang saya arahkan. Dalam produksi Paradise kami juga pernah buat muzik video, filem pendek dan iklan komersial.

 

“Untuk iklan raya kali ini kami gabungkan elemen filem pendek dan komersial. Saya rasa idea ini agak segar dan santai,” jelasnya.

 

Tambah Nadhir, dia mahu iklan tersebut memberi hiburan kepada penonton tanpa menyampaikan mesej yang terlalu berat seperti kebanyakan iklan raya lain.

 

“Biasanya iklan raya ada mesej yang berat dan menyentuh emosi, tetapi untuk iklan ini saya cuba sampaikan sesuatu yang lebih ringan supaya penonton boleh menikmati jalan ceritanya,” ujarnya.

 

Dalam masa sama, Nadhir mengakui dia sedikit gementar ketika mengarahkan penyanyi terkenal Liza Hanim yang turut terlibat dalam iklan tersebut.

 

Namun menurutnya, suasana di set penggambaran tetap berjalan lancar kerana semua pelakon memberikan kerjasama yang baik.

 

“Sebenarnya saya agak gementar, tetapi kakak Liza pun nampak sangat enjoy ketika berada di set walaupun kami perlu mengejar masa,” katanya.

 

Iklan raya bertajuk Bila mengisahkan tentang seorang wanita bekerjaya bernama Siti yang melihat sambutan Aidilfitri bukan sekadar perayaan, sebaliknya musim yang penuh tekanan.

 

Pada usia 30 tahun, setiap kali pulang ke kampung dia sering berdepan soalan sensitif seperti “Bila nak kahwin?”.

 

Disebabkan tidak mahu terus diasak dengan pertanyaan tersebut, Siti akhirnya mengambil keputusan untuk mengupah ‘teman lelaki palsu’ setiap kali pulang beraya.

 

Selain Liza Hanim, iklan raya Bila turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Yusuf Bahrin, Areef Amran, Erysha Emyra, Ezzanie Jasny, Auni Yusri dan Syad Mutalib.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement