Sekilas
- Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi rasa rindu terhadap arwah bapanya, Datuk Ahmad Daud Mohamad Hashim, menerusi Instagram.
- Arwah bapanya lebih suka memanggilnya dengan nama asal, Fauziah, berbanding nama panggilan Ogy atau watak lakonannya.
- Fauziah turut mengucapkan selamat hari lahir kepada arwah bapanya yang akan berusia 94 tahun jika masih hidup.
Pelakon hebat, Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi momen menyentuh hati apabila terkenang arwah bapa kesayangannya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Datuk Ahmad Daud Mohamad Hashim.
Menurut Ogy, arwah bapanya tidak gemar dirinya dipanggil Ogy atau nama-nama karakter lakonannya sebaliknya lebih menyukai nama asalnya iaitu Fauziah.
“Arwah Ayah dan Fauziah. Nama Fauziah arwah ayah yang berikan. Dia tak suka org panggil saya Ogy atau nama-nama watak saya lakonkan,” kongsinya.

Tambah Ogy lagi, sekiranya bapanya masih hidup, arwah kini sudah pun berusia 94 tahun.
“Kalau arwah ayah masih ada, ayah akan berusia 94 tahun.
“Selamat hari lahir ayah 12/3/1932. Fauziah dengan Aminah, cucu ayah, alhamdulillah Allah sentiasa jaga kami.
“Ayah tenang di sana ya. Fauziah loves you and miss you so much ayah,” coretnya.