Skip to main content

Hiburan

“Saya Beruntung Sebab suami Tak Kisah Pun Kalau…” - Ozlynn Waty

ASTROGEMPAK Ozlynn Waty

Sekilas

  • Pelakon Ozlynn Waty berkongsi pengalaman menguruskan rumah tangga dan kerja sendiri walaupun ada pembantu rumah, menegaskan tanggungjawab isteri dan ibu adalah ibadah mulia.
  • Ozlynn mengakui penat lelahnya digantikan dengan istighfar dan bersyukur kerana suaminya memahami dan membantu menguruskan anak-anak serta rumah.
  • Suaminya kini mengajar anak-anak melakukan kerja rumah seperti yang pernah diajar Ozlynn, meneruskan tradisi keluarga mereka.

Perkongsian seorang wargamaya di Threads yang memohon kata-kata semangat kerana keletihan menguruskan rumah tangga sambil bekerja mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

 

Antara yang tampil memberi pandangan ialah pelakon Ozlynn Waty yang berpendapat tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sebenarnya merupakan satu ibadah yang sangat mulia.

 

Menurut Ozlynn, walaupun ada yang menganggap kehidupan selebriti lebih mudah kerana mempunyai pembantu rumah, hakikatnya dia tetap melakukan kebanyakan kerja rumah sendiri.

 

“Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan ibu adalah satu ibadah paling mulia. Maybe ramai cakap senang la artis ada duit ada maid tapi saya ambil maid sebab tak nak hantar anak kat pengasuh.

 

“Terus terang… segala kerja rumah saya buat sendiri… memasak, mengemas, membasuh baju, cuci toilet, pergi niaga, pergi shooting. Balik 2 pagi, bangun 4 pagi untuk siap masak bekal sekolah anak.

 

“Tidur tak pernah cukup tapi saya percaya penat ni akan digantikan dengan tempat yang paling mulia di sisi Allah… maka saya gantikan dengan istighfar,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Ozlynn turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya memahami keadaan dirinya yang kadangkala terlalu penat.

 

“Dan saya beruntung sebab suami tak kisah pun kalau ada ketika saya penat, saya tertidur waktu dia balik. 

 

“Kalau suami awak jenis tak berkira, boleh enjoy buat sama-sama atau mungkin dia boleh consider rumah sepah sikit tapi yang penting anak-anak terjaga dan sama-sama urus Alhamdulillah.

 

“Macam saya, suami memang dari tak tahu buat apa-apa pun, dari awal kahwin saya yang ajar semua benda. Sebab ayah saya polis semua dia buat untuk arwah mak.

 

“Jadi, saya ajar suami macam mana ayah saya jaga mak dulu,” ujarnya. 

 

Kini, Ozlynn berbangga apabila suaminya pula mengajar anak-anak mereka melakukan perkara yang sama seperti yang pernah dipelajarinya dahulu.

 

“Sekarang suami pula ajar anak-anak macam mana saya ajar dia dulu-dulu,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Must Watch Video

Advertisement