Skip to main content

Hiburan

Azlan Komeng & Nilam Ortiz Fail Saman Terhadap Cik Pia - “Kenyataan Yang Dibuat Menjejaskan Reputasi Kami”

Nur Nilam Ortiz

Sekilas

  • Syarikat Nilam Empire dan Azlan Komeng memfailkan saman fitnah terhadap pempengaruh Cik Pia atas kenyataan yang didakwa menjejaskan reputasi mereka.
  • Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah injunksi menghalang Cik Pia membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah sehingga kes selesai dibicarakan.
  • Cik Pia memohon jaminan kos RM75,000 selepas menerima saman, dengan alasan keadaan kewangan dan kewarganegaraan pihak plaintif yang boleh mempengaruhi proses mahkamah.

Syarikat Nilam Empire milik usahawan Nur Nilam Ortiz dan pelakon, Azlan Komeng memfailkan saman terhadap pempengaruh, Norsufia Johari yang lebih dikenali sebagai Cik Pia.

Menurut Azlan, tindakan itu dibuat susulan pihaknya dan Nilam mendapat terdapat beberapa kenyataan dan tindakan yang didakwa dilakukan Cik Pia telah menjejaskan hak serta reputasi mereka.

“Sepanjang berlakunya kes ini, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi saya, Nilam dan juga syarikat.

“Bukan itu sahaja, reputasi sebagai seorang pelakon juga terpalit apabila timbulnya fitnah sebegini,” kongsinya.

Sementara itu, Azlan yang turut ditemani peguam menjelaskan bahawa pihak mereka juga telah memohon perintah Perintah Injunksi bagi menghalang Cik Pia daripada membuat sebarang kenyataan memandangkan kes ini masih dalam proses mahkamah.

“Pada 5 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan injunksi yang dibuat Puan Nilam dan Encik Azlan yang menghalang Cik Pia mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah kes ini dibicarakan.

“Sama ada kenyataan berbentuk fitnah atau kenyataan yang seakan sama dengan bentuk fitnah adalah dilarang dan mahkamah telah membenarkan permohonan tersebut,” kongsi peguam mereka.

Mengakhiri ucapan, Azlan menegaskan bahawa pihak Nilam Empire menghormati kes yang ketika ini sedang berjalan di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, mereka tidak akan mengulas secara terperinci mengenai merit kerana kes tersebut hanya wajar diputuskan oleh mahkamah.

Pada Ogos tahun lalu, Azlan dan Nilam memfailkan saman fitnah terhadap Cik Pia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Tindakan terbabit diambil selepas Cik Pia didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial.

Menurut dokumen mahkamah, kenyataan yang dibuat oleh Cik Pia didakwa mengandungi fitnah, tuduhan melampau, provokatif, manipulasi dan buli siber yang menyebabkan Nilam mengalami tekanan emosi lebih-lebih lagi dalam keadaan hamil.

Azlan dan Nur Nilam turut memperoleh perintah injunksi inter partes daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 November lalu terhadap  Cik Pia berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah. 

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut setelah meneliti hujahan dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Pempengaruh, Cik Pia kemudiannya memohon jaminan kos RM75,000 daripada Azlan dan Nilam selepas menerima saman tersebut.

Hal ini kerana, Cik Pia memaklumkan Nur Nilam selaku plaintif pertama adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa, manakala Azlan selaku plaintif kedua telah diisytiharkan bankrap.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement