Sekilas
- Zynakal meluahkan rasa tidak setuju dengan sokongan meluas terhadap lagu yang dihasilkan menggunakan Artificial Intelligence (AI) di media sosial.
- Beliau menegaskan pentingnya masyarakat menghargai karya asli hasil ciptaan anak seni tempatan dalam industri muzik Malaysia.
- Walaupun ciapannya bukan bersifat peribadi, Zynakal bimbang arah sokongan muzik kini lebih memihak kepada lagu viral berasaskan AI berbanding karya artis sebenar.
Penyanyi, Zynakal meluahkan pendapatnya berhubung penghasilan lagu menggunakan Artificial Intelligence (AI) yang dilihat semakin mendapat perhatian dan sambutan orang ramai.
Menerusi Threads, Zynakal berkongsi rasa tidak setuju apabila masyarakat dilihat seolah terlalu cepat menyokong karya sebegitu sehingga mendapat sambutan hangat di media sosial.
Tegas Zynakal, adalah penting untuk masyarakag menghargai kaya asli hasil ciptaan anak seni tempatan.
“Aku buat lagu Sakit, Sendiri & Dalam Diam hujung hujung orang support lagu AI, kau rasa?
“Hargai orang yang real buat music kat Malaysia ni. Mamat tu jual kereta kau pergi tunggu next single dia?” tulisnya.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Terbang ini menegaskan bahawa ciapannya itu bukanlah bersifat peribadi sebaliknya hanya sekadar rasa bimbang terhadap arah sokongan industri muzik ketika ini.
“Aku takda beef dengan dia cuma jangan la disebabkan dia viral pakai lagu AI terus nak anggap dia musisi habistu yang kita anak seni ni nak buat apa? jual kereta?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dan dalam masa yang sama memberikan kata-kata semangat buat Zynakal.

Sumber: Threads