Skip to main content

Selebriti

“Doakan Yang Baik-Baik, Saya Pun Tak Tahu Kenapa Nubhan Buat Macam Ini” - Dr. Fie

Dr Fie mahkahmah

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, bekas isteri Nubhan, tidak mengetahui perincian prosiding komital yang difailkan terhadapnya oleh penyanyi itu.
  • Dr. Afifah memilih untuk mengikuti proses mahkamah yang telah ditetapkan dan berharap keadilan berpihak kepadanya.
  • Nubhan dan Dr. Afifah sah bercerai selepas Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz talak kedua yang dibuat pada 26 Ogos lalu.

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memaklumkan dia tidak mengetahui perincian prosiding komital yang difailkan penyanyi itu terhadapnya.

Menurut Dr. Afifah yang mesra disapa Dr. Fie, dia juga tidak mengetahui niat bekas suaminya namun memilih untuk mengikuti proses mahkamah yang telah ditetapkan.

Ibu kepada tiga orang anak ini juga berharap agar keadilan berpihak kepadanya.

“Saya tak tahu perincian prosiding hari ini cuma doakan yang baik-baik untuk saya.

“Saya pun tak tahu kenapa Nubhan buat macam ini tapi tak mengapa, kita ikut saja proses mahkamah dan cara yang betul.

“Semoga yang adil buat saya,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Nubhan hadir ke perkarangan mahkamah berhubung prosiding komital mengenai pelanggaran mahkamah yang difailkan terhadap Dr. Fie.

Walau bagaimanapun, perincian lanjut mengenai bentuk pelanggaran perintah mahkamah itu belum didedahkan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must-Watch Video

Advertisement