Skip to main content

Hiburan

“Radin Sebagai Abang Ipar Adalah Satu Perkara Yang Tak Pernah Sangka But Lurve” - Dahlia Rizal

Dahlia Rizal

Sekilas

  • Penyampai Radio ERA, Radin, telah selamat bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis tertutup di Ukay Hills.
  • Amirah merupakan kakak kepada pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal, yang turut berkongsi rasa teruja di Instastorynya.
  • Radin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 dalam majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Penyampai Radio ERA, Radin, selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Amirah Shamsulbahrin, dalam satu majlis yang diadakan di Ukay Hills - Private Event Estate & Lifestyle Suites pada Jumaat.

Namun siapa sangka, wanita pilihan Radin iaitu Amirah merupakan kakak kepada pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal.

Menerusi perkongsian di Instastory, Dahlia meluahkan rasa teruja dengan perkara itu dan dalam masa yang sama meluahkan rasa tidak sangka akan berabang iparkan Radin.

“Kakak saya kahwin. Tak pernah sangka Radin akan menjadi abang ipar saya tapi lurve,” luah Dahlia.

Terdahulu, Radin sah bergelar suami kepada Amira dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Radin atau nama lengkapnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani telah memberi wang tunai bernilai RM15,020.26 sebagai mas kahwin.

Sumber: Instastory Dahlia Rizal

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement