Sekilas
- Penyanyi Kelantan, Eda Ezrin, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kg.
- Eda mengumumkan berita gembira itu melalui Insta Stories tanpa mendedahkan nama atau wajah anaknya.
- Selain itu, Eda kini tampil dengan lagu baru bersama Den Manjo berjudul Adek Saye Abe Sore.
Penyanyi wanita sohor Kelantan yang popular dengan lagu Bea Soba Bea iaitu Eda Ezrin selamat melahirkan cahaya mata perempuan.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Eda menerusi hantaran di Insta Stories miliknya pada Selasa.
“Alhamdulillah, selamat bersalin baby girl. Berat 2.75,” kongsinya.

Bagaimanapun Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail tidak mendedahkan nama atau pun wajah anak ketiganya itu.
Sementara itu, adik iparnya iaitu Raa Suzuran turut berkongsi berita yang sama dan mengucapkan selamat berpantang kepada kakak iparnya.
“Anak fruit shishu @eda_ezrin. Welcome to the world dan selamat berpantang,” kongsinya.

Dalam perkembangan terbaharu, Eda kini muncul dengan lagu baharu bersama Den Manjo berjudul Adek Saye Abe Sore.