Skip to main content

Selebriti

Terharu Nukilan ‘Sweet’ Tentang Sahabat, Mierul Aiman Hargai Keikhlasan Amir Ahnaf - “Gambar Itu Jadi Bukti, Imbau Momen Kami Lalui Bersama”

Mierul Amir Ahnaf

Sekilas

  • Mierul Aiman terharu dengan ucapan rakan baiknya, Amir Ahnaf, yang mengimbau perjalanan persahabatan mereka sejak awal dalam dunia seni.
  • Filem Tarung: Unforgiven yang dibintangi Mierul dan Amir akan ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara mulai 7 Mei, dengan jelajah peminat bermula 8 Mei.
  • Filem aksi ini mengisahkan bekas juara silat, Hatta, yang terpaksa berhadapan dengan musuh lama dalam gelanggang haram demi menyelamatkan keluarganya.

Pelakon, Mierul Aiman meluahkan rasa terharu apabila membaca nukilan yang ditulis rakan baiknya, aktor Amir Ahnaf mengenai persahabatan mereka yang terjalin sejak awal pembabitan dalam dunia seni.

Menurut Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, perkongsian tersebut bukan sahaja menyentuh emosinya, malah membuatkan dirinya mengimbau kembali pelbagai kenangan yang pernah dilalui bersama Amir.

“Saya sedih dan terharu apabila membaca ucapan Amir untuk saya. Gambar itu menjadi bukti dan mengingatkan semula momen dan detik yang pernah kami lalui bersama dahulu.

“Gambar lama itu seperti sebuah mimpi dan saya ingin beritahu bahawa kekuatan mimpi adalah kepercayaan.

“Kita boleh buat jadi apa sahaja asalkan percaya. Gambar itu benar-benar mengimbas banyak perkara,” ujarnya.

Mierul berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Tarung: Unforgiven yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mierul turut mengakui tidak menjangka Amir akan menghasilkan ucapan sedemikian, namun menyifatkan sahabatnya itu sebagai seorang yang penuh dengan keikhlasan.

“Saya tidak sangka Amir akan buat ucapan sebegitu, tetapi saya tahu dia seorang yang ‘sweet’. Saya pun boleh cair dengan ucapan itu, apatah lagi kalian.

Terdahulu, Amir berkongsi tentang perjalanan suka duka mereka dalam industri seni, selain menyifatkan Mierul sebagai antara individu penting yang banyak mempengaruhi pembentukan dirinya hari ini.

Malah, Amir turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan persahabatan mereka akhirnya membawa kepada peluang untuk berlakon bersama dalam naskhah yang sama.

Selain Mierul dan Amir, filem Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz.

Filem aksi Tarung: Unforgiven tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Filem ini juga turut menampilkan dua runut bunyi eksklusif iaitu lagu Test nyanyian trio Distorted serta Terbang oleh Noh Salleh.

Dalam perkembangan lain, barisan pelakon Tarung: Unforgiven akan turun padang bertemu peminat menerusi siri jelajah bermula 8 Mei ini melibatkan beberapa lokasi di seluruh negara.

Filem ini bakal ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei, manakala tiket awal telah mula dijual sejak 3 Mei lalu.


Sinopsis:

Hatta (Mierul Aiman) merupakan seorang bekas juara silat, diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi.

Namun, demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran daripada Paduka Badrul (Zul Ariffin) untuk ke gelanggang haram.

Hatta tidak menyedari lawan yang menanti ialah Isa (Aedy Ashraf), sahabat lama yang kini menjadi musuh akibat dendam.

 

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Must-Watch Video

Advertisement