Sekilas
- Pelakon Hafreez Adam memuji kebaikan dan sikap rajin Azar Azmi membantu orang susah terutama semasa PKP enam tahun lalu.
- Azar digambarkan sebagai seorang yang baik hati, kelakar, dan periang yang sering membawa keceriaan ketika bekerja bersama Hafreez.
- Azar juga berjaya membantu mendapatkan van ambulans untuk adik perempuan Hafreez dan rakannya yang dijangkiti Covid-19 ketika perkhidmatan ambulans sukar diperoleh.
Pelakon, Hafreez Adam mendedahkan sisi baik yang dimiliki aktres, Azar azmi di media sosial miliknya.
Menerusi Threads, Hafreez menyifatkan Azar sebagai seorang yang baik hati dan rajin membantu orang yang berada dalam kesusahan terutamanya ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku kira-kira enam tahun lalu.
“Dia ni baik, kelakar dan periang orangnya. Kerja dengan dia selalunya gelak sahaja. Semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), dia sagat aktif turun padang untuk memberi bantuan kepada orang ramai,”tulisnya.
Bukan itu sahaja, Hafreez mendedahkan bahawa Azar merupakan individu yang pernah menyelamatkan adik perempuan serta rakan-rakannya yang ketika itu terkena jangkitan covid dengan mendapatkan ambulans buat mereka.
“Ketika itu, adik perempuan saya dan rakannya terkena jangkitan covid dan keadaan mereka agak teruk. Mereka tidak serumah dengan kami, jadi kami cuba menghubungi ambulans.
“Malangnya, kami gagal kerana semasa itu sangat sukar membawa mereka ke hospital menggunakan khidmat ambulans.
“Namun, Azar lah yang membantu kami untuk mendapatkan van tersebut. Saya boleh katakan dialah penyelamat adik saya dan rakan-rakannya,”kongsinya.