Skip to main content

Hiburan

“Tangan Saya Menggigil-Gigil…”– Azira Shafinaz Dedah Sebab Berani Sahut Cabaran Ke Ujibakat PGL

Astro Gempak

Sekilas

  • Azira Shafinaz mengakui berdebar walaupun berpengalaman ketika menghadiri audisi Puteri Gunung Ledang The Musical dan membuat persediaan rapi termasuk belajar tarian Jawa serta menghafal lagu dan skrip.
  • Pengalaman audisi teater itu dianggap cabaran baru yang menyeronokkan dan membuka matanya untuk memperbaiki diri, terutama selepas berpasangan dengan pelakon teater berpengalaman.
  • Azira menyatakan minat mencuba bidang teater sebagai cabaran baru dalam kerjaya seni dan menegaskan bakat lebih penting daripada populariti dalam proses audisi.

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui berdebar apabila menghadiri sesi audisi Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) meskipun sudah berpengalaman dalam dunia seni.

Menurut Azira, dia melakukan persediaan rapi sebelum hadir ke uji bakat berkenaan termasuk mempelajari tarian Jawa serta menghafal lagu dan skrip.

“Tangan saya ni menggigil-gigil! Saya macam tak tahu apa nak fikir. Tapi saya betul-betul buat persediaan, saya ambil masa untuk belajar tarian Jawa, hafal lagu dan skrip.

“Sebab kalau boleh saya memang tak nak pegang skrip masa audisi,” katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang audisi, Azira menyifatkan ia sebagai satu cabaran yang berbeza berbanding bidang lakonan lain yang pernah diceburinya.

“Ia sangat mencabar. Tapi saya rasa ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Bila audisi teater ni lain, pergerakan pun berbeza.

“Saya rasa macam ada banyak benda baharu yang saya belajar bila datang audisi ini,” ujarnya.

Tambahnya, peluang berlakon bersama peserta yang mempunyai latar belakang teater turut membuka matanya untuk memperbaiki diri.

“Bila saya dapat berpasangan dengan Takim yang memang orang teater, saya sedar banyak benda yang saya patut perbaiki kalau saya nak masuk ke bidang ini,” katanya.

Berkongsi lanjut, Azira berkata keputusannya menyertai audisi tersebut didorong minatnya yang gemar mencuba perkara baharu dalam kerjaya seni.

“Saya memang suka cabar diri. Saya dah buat pengacaraan, menyanyi dengan De Fam, berlakon dan menari.

“Jadi saya rasa apa lagi selepas ini? Jawapannya adalah teater,” jelasnya.

Menurutnya lagi, peluang tersebut juga merupakan impian yang telah lama disimpan sejak zaman persekolahan.

“Ini memang impian saya dari dulu. Masa sekolah pun saya selalu pergi tengok teater.

“Sebab itu saya buat keputusan untuk datang dan cuba, tengoklah kalau ada rezeki,” katanya.

Mengulas tanggapan bahawa individu yang sudah dikenali tidak perlu melalui proses audisi, Azira menegaskan bakat harus diutamakan berbanding populariti.

“Tipulah kalau tak nervous. Saya rasa sesiapa pun, tak kisah nama besar atau tidak, kalau ada bakat dan rasa boleh buat, kena datang audisi.

“Teater ini sangat berbeza daripada lakonan filem. Jadi saya rasa banyak lagi benda yang saya perlu teroka,” ujarnya.

Terdahulu, sesi audisi PGLM mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan peserta termasuk pelakon berpengalaman dan bakat baharu yang ingin mencuba nasib di pentas teater.

Terdahulu, Pengarah dan Penerbit Eksekutifnya, Puan Sri Tiara Jacquelina memaklumkan keputusan untuk mementaskan semula karya tersebut bukan sekadar bersempena ulang tahun ke-20, sebaliknya kerana sudah tiba masanya untuk memberi nafas baharu kepada produksi ikonik itu.

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must-Watch Video

Advertisement