Skip to main content

Selebriti

"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak 'Post' Perlu Ditanggung" - Norreen Iman

Bakar isteri

Sekilas

  • Norreen Iman meninggalkan komen pada hantaran suaminya, Razzi Razak, menegur tentang kesilapan memuat naik hantaran yang perlu ditanggung akibatnya.
  • Norreen berkongsi pengalaman susah mereka bersama, menasihati agar tidak menyifatkan dunia kejam kepada lelaki miskin kerana rezeki datang dari Tuhan.
  • Razzi menafikan hantaran tersebut berkaitan dengan isterinya dan menjelaskan ia sebagai motivasi untuk dirinya rajin bekerja.

Pelakon, Norreen Iman mencuri perhatian apabila meninggalkan komen pada hantaran suaminya, Razzi Razak yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Norreen, kesilapan dalam tutur kata masih boleh diperbetulkan, namun kesilapan memuat naik sesuatu hantaran perlu ditanggung akibatnya.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak muat naik perlu ditanggung. Jaga nama kedua-dua belah pihak,"tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Mikael Pemburu Dua Alam itu turut menasihati Razzi untuk tidak menyifatkan dunia sebagai tempat yang kejam bagi lelaki miskin, memandangkan mereka berdua pernah melalui fasa kehidupan susah bersama dan berpandangan bahawa rezeki datang daripada tuhan.

"Kita ni budak flat. Tujuh tahun pertama perkahwinan barulah diberikan rezeki untuk membeli sebuah kereta.

"Kemana-mana hanya menaiki motor kerana ianya lebih mudah. Hari-hari makan makanan bernilai RM5 dan kongsi berdua. Setiap hari masak nasi goreng sebab tidak mahu lauk habis cepat.

"Selain itu, ada juga jual scrub sebab nak beli pampers anak dan buat review makanan sama sama sebab nak jimatkan barang dapur.

"Bukan itu sahaja, kami juga pernah streaming sampai nak kejung ketika musim perintah kawalan pergerakan (pkp) supaya anak dapat makan. Jangan sesekali sebut dunia kejam pada lelaki miskin. Itu semua rezeki tuhan,"kongsinya.

Terdahulu, hantaran Razzi yang bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin dengan latar suara berbunyi, 'Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin…' mencetuskan perhatian warganet.

Bagaimanapun, Razzi menafikan hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan isterinya dan menjelasnya bahawa ia hanyalah pembakar semangat supaya dirinya rajin bekerja.

Terdahulu, Norreen dan Razzi dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement