Sekilas
- Amin Idris pesan ibu bapa jangan guna duit raya anak-anak untuk kegunaan peribadi tanpa izin.
- Duit raya adalah hak anak-anak dan hanya boleh digunakan untuk keperluan khusus mereka sahaja.
- Jika duit raya digunakan, ibu bapa wajib ganti semula dan perlu uruskan dengan penuh amanah.
Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris menitipkan pesan kepada ibu bapa untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan duit raya yang diberikan kepada anak-anak.
Menurut Amin, perbuatan itu adalah tidak dibenarkan jika mahu digunakan bagi kegunaan peribadi.
Perjelas Amin, duit raya yang diterima anak-anak adalah hak mereka sepenuhnya dan perlu diuruskan dengan penuh amanah.
“Haram ibu bapa guna duit raya anak-anak. Duit itu diberi khusus untuk anak-anak. Kalau nak guna sekali pun, hanya untuk keperluan khusus anak-anak.
“Bukan untuk keperluan umum seperti minyak kereta, sewa rumah atau barangan dapur. Jika terguna, wajib ganti semula,” ciapnya.
Dalam masa yang sama, Amin turut berkongsi hukum terhadap individu yang menggunakan harta orang lain tanpa izin di ruangan komen.

Sumber: Facebook Amin Idris