Skip to main content

Hiburan

Angkat Isu Trauma & Kehilangan, Good Boys Go To Heaven Papar Realiti Yang Berlaku Dalam Masyarakat

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Astro Originals lancar drama siri thriller psikologi terbaru, Good Boys Go To Heaven, yang mengangkat isu trauma dan kehilangan kanak-kanak dalam masyarakat.
  • Siri ini diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan ditulis oleh Mira Mustaffa, menampilkan pelakon seperti Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson.
  • Good Boys Go To Heaven mula ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Citra, serta boleh distrim lebih awal di Astro GO dan Sooka.

Astro menerusi jenama Astro Originals terus memperkukuhkan komitmennya dalam menghasilkan kandungan premium apabila tampil dengan drama siri terbaharu yang berjudul Good Boys Go To Heaven.

Siri di bawah jenama Astro Originals itu membawa genre thriller psikologi dengan jalan cerita penuh emosi, misteri dan trauma yang dijangka bakal membuatkan penonton ‘melekat’ depan skrin.

Siri arahan Ariff Zulkarnain itu bukan sahaja menyajikan elemen suspen, malah turut mengangkat isu trauma dan kehilangan kanak-kanak yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini.

Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, siri tersebut merupakan usaha Astro Originals untuk tampil dengan penceritaan yang lebih berani dan relevan.

“Good Boys Go To Heaven merupakan usaha Astro Shaw untuk mengembangkan lagi kandungan Astro Originals dengan penceritaan yang lebih berani, relevan dengan skala produksi yang berkualiti tinggi.

“Projek ini turut mencerminkan keyakinan kami pada bakat tempatan. Astro Originals sentiasa memberi ruang kepada penulis penulis terbaik industri, dan kali ini kami amat teruja dapat menampilkan hasil karya penulis
filem pecah panggung seperti Sangkar, Nur Kasih, Cinta dan Sepi, iaitu Mira Mustaffa yang bertindak sebagai showrunner.

Dalam masa sama, beliau berharap karya itu dapat membuka mata masyarakat mengenai isu kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan.

“Manakala, kami kembalikan pengarah One Cent Thief, Ariff Zulkarnain untuk menerajui siri ini yang membawa tema trauma serta isu kehilangan kanak-kanak sebagai nadi utama
cerita. Menyedari isu kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan di negara kita, kami berharap naskhah ini dapat menjadi satu peringatan kepada semua agar kisah-kisah ini tidak hanya muncul seketika di dada berita sebelum terus dilupakan,” katanya.

GBTGH mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Selain Beto, siri ini turut dibintangi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan bermula hari ini dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement