Skip to main content

Indonesia

Pengantin Wanita Terima Kebun Sawit 2.5 Hektar Sebagai Mas Kahwin

Astro Gempak maskahwin

Sekilas

  • Seorang pengantin wanita di Garut, Jawa Barat menerima mas kahwin luar biasa berupa kebun kelapa sawit seluas 2.5 hektar selain motosikal dan peralatan solat.
  • Pasangan ini melalui perjalanan cinta penuh cabaran sebelum akhirnya bersatu selepas usaha berterusan lelaki itu memenangi hati wanita tersebut.
  • Majlis perkahwinan mereka menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Seorang pengantin wanita di Garut, Jawa Barat mencuri perhatian ramai apabila menerima mas kahwin yang luar biasa berupa sebuah kebun kelapa sawit.

Wanita dikenali sebagai Wilky Windya, 25, selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Redho Abdul Mufli, 25 dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Apa yang menjadi bualan ialah mas kahwin yang diterima Wilky bukan sahaja terdiri daripada sepersalinan peralatan solat dan sebuah motosikal, malah turut melibatkan kebun kelapa sawit seluas 2.5 hektar.

Menurut Wilky, perjalanan cinta mereka bukanlah mudah dan penuh dengan cabaran sehingga dia pernah mengambil keputusan untuk menyekat komunikasi dengan Redho selepas beberapa kali kecewa.

Namun begitu, kesungguhan Redho untuk memenangi semula hatinya tidak pernah luntur.

Usaha berterusan lelaki itu, termasuk pemberian kebun sawit sebagai simbol keseriusan dan komitmen, akhirnya berjaya membuka kembali hati Wilky untuk menerima cinta tersebut.

Perkongsian mengenai majlis perkahwinan pasangan ini kemudiannya menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata memberikan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

“Selamat menjalani rumah tangga yang sakinah, mawadah dan warohmah,” tulis seorang pengguna media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Must-Watch Video

Advertisement