Sekilas
- Viviana dari Talk To My Manager 2 sudah bersedia mental untuk hadapi komen pedas netizen sebelum sertai program itu.
- Dia fokus beri persembahan terbaik tanpa terlalu mengejar kedudukan walaupun berjaya tempat pertama dua minggu berturut-turut.
- Ibu dan pengurusnya, Ani Mayuni, puji kekuatan mental Viviana yang mampu balas komen negatif dengan positif.
Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Viviana mengakui tidak terkesan dengan komen pedas yang diberikan oleh netizen kepadanya.
Menurut Viviana, dia sudah bersedia dari segi mental untuk berdepan kecaman netizen sejak sebelum menyertai program tersebut lagi.
“Saya tak rasa apa-apa pun sebenarnya. Sebelum masuk sini, saya dah siapkan mental saya.
“Umi pun dah pesan, jika saya mahu masuk dalam industri pasti akan ada kecaman. Tak ada orang yang hebat tak pernah kena kecam. Jadi saya tak rasa apa-apa pun,” katanya.
Mengulas mengenai kejayaannya meraih tempat pertama selama dua minggu berturut-turut dalam pertandingan itu, Viviana menjelaskan dia tidak terlalu mengejar kedudukan sebaliknya lebih fokus untuk memberikan persembahan terbaik.
“Sebenarnya orang akan expect lebih, tapi pada saya, saya tak mengejar kedudukan. Saya cuma nak exposure, saya cuma nak buat yang terbaik saja.
Sementara itu, ibu yang juga pengurusnya , Ani Mayuni turut memuji kekuatan mental Viviana sepanjang berdepan komen negatif di media sosial.
“Saya daripada awal sudah cakap dengan dia jangan tengok media sosial. Kalau anda perasan dia yang balas terima kasih kepada mereka yang mengeji.
“Dia yang balas sendiri, dia sangat kuat malah lagi kuat daripada saya sebenarnya. Saya ni cengeng,” katanya.
“Saya nak orang suka dengan cara persembahan saya. Kedudukan ni saya tak kisah pun, saya lagi seronok tengok kawan-kawan saya naik kat atas,” ujarnya.