Sekilas
- Ceddy Ang memohon maaf atas persembahan nyanyian secara langsung yang menerima kecaman netizen di media sosial.
- Dia menganggap kritikan sebagai proses pembelajaran dan memahami muzik adalah subjektif mengikut citarasa masing-masing.
- Ceddy menghargai sokongan peminat yang aktif menghasilkan kandungan menggunakan lagu ‘Asal Ada Kamu’ di media sosial.
Pempengaruh media sosial dan hos, Ceddy Ang memohon maaf susulan persembahan nyanyian secara langsungnya yang menerima pelbagai kecaman daripada netizen di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ceddy, dia tidak menafikan berasa sedih apabila membaca komen-komen negatif yang diberikan terhadap persembahannya namun l menganggap perkara tersebut sebagai sebagai sebahagian daripada proses untuk terus belajar dan memperbaiki diri.
“Mestilah sedih sikit baca kecaman kecaman, tapi ini adalah sebahagian daripada proses kan?
“Sekali lagi maaf sebab persembahan live saya tidak sebagus yang anda jangka kan, saya dah cuba melakukan latihan banyak kali untuk sekurang-kurangnya menyamai seperti rakaman,” coretnya menerusi hantaran di platform Threads.
Dalam pada itu, Ceddy juga menyatakan dia turut memahami sekiranya ada pihak yang kurang menyukai lagu nyanyiannya.
Tidak cepat melatah, sebaliknya Ceddy menganggap soal muzik adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Bagaimanapun, Ceddy tetap menghargai sokongan yang diberikan peminat, terutamnya buat mereka yang aktif menghasilkan kandungan video menggunakan lagu Asal Ada Kamu di media sosial.
“Dan kalau awak tak suka lagu tu memang saya tak boleh buat apa, itu memang citarasa sendiri lah kan?
“Tetapi untuk mereka yang menyanyi dan menari lagu ‘Asal Ada Kamu’, terima kasih!” coretnya.
Sumber: Threads @ceddyornot