Skip to main content

Selebriti

“Tiba-Tiba Dia Beri Notis 24 Jam, Saya Pun Terkejut” - Tiada Perselisihan Faham, Zarul Umbrella Hormati Keputusan CK Faizal ‘Resign’ Dari Podcast BDG

Zarul komen CK Faizal hantar surat resign 24 jam

Sekilas

  • Zarul Umbrella menafikan sebarang masalah peribadi dengan CK Faizal selepas pengacara itu mengundurkan diri dari podcast Borak Dalam Galley (BDG).
  • Zarul menghormati keputusan CK untuk berundur dan menjelaskan mereka masih berhubung baik tanpa sebarang perselisihan faham.
  • CK mengumumkan pengundurannya dari BDG selepas tiga tahun berkhidmat sebagai pengacara melalui Instagram pada 21 Mac lalu.

Penyanyi, Zarul Umbrella menafikan dakwaan kononnya mempunyai masalah peribadi dengan CK Faizal susulan keputusan pengacara itu mengundurkan diri sebagai rakan pengacara podcast Borak Dalam Galley (BDG).

Malah kata Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 53, dia menghormati keputusan CK untuk berundur daripada saluran podcast yang diasaskannya itu.

“Sebenarnya sebelum itu kami ada penggambaran raya bersama. Selepas itu, tiba-tiba dia beri notis 24 jam (untuk mengundurkan diri), jadi saya pun terkejut.

“Tapi bila fikir semula, mungkin dia rasa sudah terlalu lama memberi fokus kepada podcast sahaja. Mungkin dia mahu cuba benda lain.

“Namun, sebab sebenar saya pun tidak tahu kerana hanya CK yang boleh jawab. Saya hormat keputusan dia dan saya teruskan sahaja dengan apa yang ada sekarang,” ujarnya.

Zarul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Seribu Rahmat Umbrella Ideas Hotel, pada Khamis.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya bersama CK, Zarul berkata, mereka masih baik dan tiada sebarang perselisihan faham seperti diperkatakan segelintir pihak.

“Saya tiada masalah dengan dia. Dua hari lalu kami ada berjumpa dan masih bergurau dan ketawa seperti biasa.

“Kami tidak bergaduh dan tiada sebarang isu. Sampai hari ini saya masih sayangkan dia kerana BDG juga mula dikenali disebabkan dirinya.

“Jadi, saya tidak boleh lupa perkara itu kerana dia antara individu yang banyak membantu memperkenalkan BDG kepada orang ramai,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Mac lalu, CK atau nama sebenarnya, Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin mengumumkan pengundurannya daripada BDG selepas tiga tahun berkhidmat sebagai pengacara menerusi hantaran di Instagram (IG).

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must-Watch Video

Advertisement