Skip to main content

Berita

Tak Mampu Bayar Hutang Kos Pembiayaan Lancar Album, Penyanyi Wanita Dakwa Diugut Ahlong - “Mereka Sunting Gambar & Memeras Ugut Untuk…”

Ahlong

Sekilas

  • Seorang penyanyi wanita dikenali sebagai Yee mendakwa diugut oleh beberapa kumpulan ahlong berhubung hutang pinjaman yang semakin meningkat selepas hanya menerima sebahagian kecil daripada jumlah pinjaman yang dipohon.
  • Yee berkata ahlong tersebut menuntut bayaran faedah berlebihan dan memeras ugut dengan mengancam menggandakan jumlah hutang serta menyebarkan gambar yang disunting di media sosial untuk merosakkan reputasinya.
  • Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, telah menyerahkan laporan polis kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut terhadap kegiatan ahlong yang tidak menghormati undang-undang ini.

Seorang penyanyi wanita mendakwa dirinya telah diugut beberapa kumpulan ahlong berhubung hutang yang semakin meningkat berkaitan beberapa pinjaman.

Menurut penyanyi yang hanya mahu dikenali sebagai Yee itu, pada awalnya dia hanya mendapatkan pinjaman melalui aplikasi Whatsapp bertujuan untuk membiayai kos pelancaran albumnya bulan lalu.

Dakwa Yee, selepas bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM45,000, dia hanya menerima kira-kira RM17,000.

Lebih parah, pihak yang memberi pinjama itu mula menuntut bayaran faedah berlebihan sebelum beberapa kumpulan ahlong lain menghubunginya dan menawarkan pinjaman tambahan untuk membantu menyelesaikan hutang awal tersebut sekitar bulan ini.

"Mereka menuntut saya membayar sejumlah tertentu dalam tempoh ditetapkan pada hari sama. Mereka kemudian mula memeras ugut saya dengan mengancam untuk menggandakan jumlah faedah asal jika saya gagal buat bayaran.

"Ia seperti lubang hitam hutang yang tidak berkesudahan dan saya tidak dapat melepaskan diri kerana mereka terus menuntut lebih banyak wang setiap hari," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Yee turut mendakwa bahawa ahlong tersebut bertindak menyebarkan gambar dirinya serta ahli keluarga yang telah disunting di media sosial selain mengugut untuk merosakkan reputasinya.

"Setakat ini, saya telah bayar lebih RM20,000, namun mereka masih terus memeras ugut saya untuk mendapatkan lebih banyak wang. Wang saya sudah habis dan tidak lagi mampu melangsaikan hutang ini," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, memaklumkan bahawa sudah membincangkan kes sedemikian dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa dan menyerahkan beberapa laporan polis untuk siasatan lanjut.

"Ahlong ini hanya beri sebahagian kecil daripada pinjaman dijanjikan sebelum mula peras ugut mangsa. Mereka langsung tidak hormat undang-undang dan terus ugut mangsa walaupun laporan polis telah dibuat," kata beliau.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement