Skip to main content

Hiburan

TARUNG: Unforgiven Ungguli Carta, Filem Lokal Nombor Satu Malaysia

Astro Gempak 446

Sekilas

  • Filem Tarung: Unforgiven terus mendominasi carta Top 10 Filem GSC Malaysia pada minggu pertama tayangan.
  • Penonton memuji naratif filem yang dekat dengan realiti dan penuh emosi serta perjuangan watak utama.
  • Filem arahan Razaisyam Rashid dan terbitan Aedy Ashraf ini dianggap antara karya tempatan terbaik tahun ini.

Baru memasuki minggu pertama tayangan, filem Tarung: Unforgiven terus mencipta kejayaan apabila muncul sebagai filem tempatan nombor satu dalam carta Top 10 Filem GSC Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen media sosial, ramai penonton memuji kekuatan naratif filem tersebut yang disifatkan dekat dengan realiti kehidupan.

“Okay this is it guys!! Filem ini bukan sekadar aksi tapi sarat dengan emosi dan perjuangan seorang manusia yang sentiasa menghukum diri sendiri,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi penonton turut menyifatkan Tarung: Unforgiven sebagai antara karya tempatan terbaik pernah ditontonnya.

“Guys, serious talk! Semalam aku pergi premiere Tarung Unforgiven. Sumpah aku cakap korang, pergilah beli tiket sekarang. Best gila weh!

“Selain korang boleh cuci mata, korang boleh buang air mata sekali. Rate aku infiniti per 10 bintang,” katanya.

Tidak kurang juga yang memuji keberanian Aedy Ashraf menerbitkan filem berskala besar selain kualiti pengarahan Razaisyam Rashid.

“10/10. Tak tahu nak cakap macam mana sampai dua kali tengok sneak peek Tarung Unforgiven.

“Filem tempatan yang wajib ditonton tahun ini. Kudos kepada Razaisyam Rashid dan Aedy Ashraf untuk filem pertama yang dihasilkan,” tulis seorang lagi netizen.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Advertisement