Skip to main content

Viral

"Masa Nak Meminjam Dialog Bukan Main Sedih, Bila Dah Transfer Senyap" - Sheila Rusly

Astro Gempak sheila rusly

Sekilas

  • Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang meminjam wang dalam jumlah besar tetapi hilang tanpa ucapan terima kasih selepas dibantu.
  • Sheila berkongsi pengalaman ini di Threads, menegur sikap tidak beradab mereka yang hanya pandai merayu sebelum meminjam.
  • Perkongsian Sheila mendapat perhatian netizen dan pelakon lain yang turut berkongsi pengalaman serupa mengenai peminjam yang hilang selepas menerima bantuan.

Pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir individu yang didakwa sanggup merayu agar kemahuan dipenuhi namun ‘menyepi’ selepas dibantu.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Sheila berkata dia kecewa apabila ada di antaranya seperti tiada adab kerana langsung tidak mengucapkan terima kasih.

“Pagi ni sis nak meluah rasa tak puashati dengan org yg suka meminta2 meminjam bukan sikit tau..tapi beribu.

“Masa nak meminjam dialog bukan main sedih kalah drama Samarinda. Bila duit dah transfer senyap..dia pulak ghost kita.. sepatah kata TQ pun takde,” tulisnya.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian netizen termasuk pelakon Sharifah Shahora dan pengguna Threads lain yang berseloroh mengenai pengalaman mereka.

"Bab nak pinjam bukan main panjang cerita sedihnya. Bila dah transfer… terus ghaib macam masuk program witness protection. Kadang bukan marah sebab duit semata pun, tapi sebab kepercayaan tu yang orang ambil ringan. So masih sempat Cancel ke ? Sempat Cancel je," tulis seorang pengguna.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement