Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager 2: “Saya Lega Saya Yang Keluar” - Fariedz Fazley

Astrogempak FARIEDZ

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob dan anaknya, Fariedz Fazley, tersingkir pada minggu keempat program Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah terendah juri.
  • Fariedz menganggap penyingkirannya adil kerana peserta lain seperti Viviana dan Kim menunjukkan prestasi vokal yang lebih kuat dan unik.
  • Fazley sudah mempersiapkan mental Fariedz sejak awal dan mengakui masalah penerbangan menyebabkan ketiadaannya dalam sesi latihan, namun percaya ada hikmah di sebaliknya.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk Fazley Yaakob dan Fariedz Fazley akur apabila perjalanan mereka dalam program itu berakhir pada minggu keempat. 

Menurut Fariedz, dia menganggap penyingkirannya pada minggu ini adalah sebagai satu keputusan yang adil memandangkan kualiti saingan yang diberikan oleh rakan-rakan lain lebih menonjol daripadanya. 

“Saya faham kenapa saya keluar. Peserta lain seperti Viviana mempunyai vokal yang sangat bertenaga manakala Kim pula mempunyai riff yang sangat bagus. Mereka semua ada kelebihan masing-masing.

“Malah saya pernah beritahu Dida (panggilan untuk Fazley), saya lega saya yang keluar. Jika peserta lain yang keluar, saya akan rasa ralat kerana mereka lebih layak untuk kekal,” katanya kepada Gempak. 

Sementara itu, sebagai pengurus, Fazley mengakui telah mempersiapkan mental anaknya untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuklah berhadapan dengan penyingkiran.


“Sebenarnya saya sudah siapkan Fariedz sejak minggu pertama lagi. Saya katakan kepadanya, setiap minggu ada kemungkinan untuk terkeluar. Apa yang penting, buat sehabis baik supaya persembahan terakhir itu akan diingati sampai bila-bila masa.

“Sebagai pengurus dan bapa, saya melihat dia tidak melakukan sebarang silap. Dia menyanyi dan menari dengan sempurna seperti yang diminta, namun lapan peserta lain juga sangat hebat,” ujarnya. 

Pada masa sama, Fazley akur jika markah banyak ditolak ketika ketiadaannya semasa sesi latihan bersama anaknya itu. 

Namun menurutnya,  perkara itu bukan disengajakan berikutan dia mempunyai masalah penerbangan, namun percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Membawakan lagu Baby, nyanyian asal Justin Bieber, meletakkan Fariedz dan Fazley di tangga tiga terbawah bersama Safura X Kim serta Ani Mayuni X Viviana. 

Bagaimanapun, Fariedz dan Fazley harus akur disingkirkan selepas memperoleh markah terendah daripada barisan juri. 

Malah kongsi Fazley, anaknya itu sebenarnya sudah pun menerima tawaran sebagai artis rakaman sejak minggu pertama program bermula.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement