Skip to main content

Shila Amzah Tiba-Tiba Berhenti Menyanyi, 10 Saat Lepas Itu Buat Satu Dewan Sebak!

Astro Gempak shila mama

Sekilas

  • Konsert ulang tahun 25 tahun Shila Amzah di Dewan Filharmonik Petronas penuh dengan momen istimewa, termasuk persembahan lagu khas sempena Hari Ibu.
  • Shila berkongsi pengalaman peribadi yang membuatkan lagu 'Ibu, ibu… engkaulah ratu hatiku' lebih bermakna selepas bergelar ibu.
  • Penonton dan ibu yang hadir diraikan dengan tepukan gemuruh dan pemberian bunga carnation sebagai tanda penghargaan.

Konsert ulang tahun 25 tahun perjalanan seni Shila Amzah di Dewan Filharmonik Petronas pada malam Sabtu terisi dengan pelbagai momen istimewa.

Antara yang menarik perhatian apabila di tengah-tengah persembahan, Shila tiba-tiba berhenti menyanyi. Muzik perlahan-lahan dimatikan dan suasana dalam dewan terus jadi sunyi.

Kemudian, Shila mula menyanyikan lagu rangkap lagu nostalgik; “Ibu, ibu… engkaulah ratu hatiku…”

Rangkap itu sahaja sudah cukup buat ramai yang hadir terdiam. Ada yang tunduk, ada yang mula mengesat air mata.

Apatah lagi tarikh konsert Shila kali ini jatuh pada sambutan Hari Ibu yang benar-benar membekaskan kesan kepada penonton terutama peminat yang hadir.

Shila kemudiannya berkongsi bahawa dulu beliau menyanyikan lagu tersebut sekadar sebagai sebuah lagu yang sedap didengar. Tetapi selepas bergelar ibu, beliau mula memahami makna sebenar di sebalik lirik tersebut.

Katanya, kini beliau benar-benar faham bagaimana seorang ibu sanggup meletakkan anak-anak sebagai perkara paling penting dalam hidup.

Suasana jadi lebih menyentuh hati apabila kamera skrin besar memaparkan suami dan anak-anak Shila di tempat penonton sambil memegang papan tanda bertulis 'I Love You Mama'.

Satu dewan terus bersorak dan bertepuk tangan.

Di luar dewan pula, para ibu yang hadir turut menerima bunga carnation sebagai tanda penghargaan sempena Hari Ibu.

Ramai menyifatkan malam tersebut bukan sekadar sebuah konsert, tetapi seperti satu penghargaan kecil buat semua ibu yang hadir.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Advertisement