Skip to main content

Selebriti

Pernah Berdepan Dengan Individu Narsistik, Ezaidi Akui Lebih Berhati-Hati Dalam Memilih Rakan - “Mereka Mungkin Tidak Berbahaya Tetapi…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Ezaidi berkongsi pengalaman pernah berkawan rapat dengan individu narsistik dan memilih untuk menjauhkan diri demi kesihatan mental.
  • Menurutnya, sikap narsistik bukan sahaja wujud dalam persahabatan tetapi juga dalam hubungan pasangan selepas berkahwin.
  • Ezaidi menasihatkan supaya menjauhkan diri daripada golongan narsistik dan lebih berhati-hati dalam memilih kawan terutama dalam industri seni.

Pelakon, Ezaidi mengakui pernah berdepan dengan individu narsistik dalam kalangan rakan sendiri.

Ezaidi atau nama sebenarnya Mohamad Ezaidi Abdul Aziz, 31, berkata dia pernah berkawan rapat dengan individu tersebut sebelum memilih untuk menjauhkan diri.

“Saya ada banyak pengalaman berdepan dengan individu narsistik. Saya pernah berkawan rapat dengan individu narsistik dan akhirnya saya memilih untuk ‘cut off’. 

“Mereka mungkin tidak membahayakan tetapi sangat memenatkan mental kerana kita perlu sentiasa berfikir dan melayan kerenah mereka,”katanya kepada Gempak.

Menurut Ezaidi, individu narsistik bukan sahaja wujud dalam hubungan persahabatan, malah boleh hadir dalam pasangan sendiri.

“Contohnya, ramai yang berkongsi bahawa sebelum berkahwin semuanya nampak normal, tetapi selepas berkahwin barulah sikap sebenar terserlah,”ujarnya.

Ditanya cara terbaik untuk berdepan situasi itu, pelakon drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar itu berkata bahawa menjauhkan diri dari golongan tersebut adalah pilihan yang terbaik.

“Bagi saya, cara terbaik untuk berdepan dengan golongan seperti ini adalah dengan menjauhkan diri. Walau macam mana kita cuba bertahan atau memperbaiki keadaan, mereka tetap akan merasakan diri sendiri sentiasa betul,"kongsinya.

Dalam masa sama, Ezaidi mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam memilih dan mempercayai orang sekeliling, terutama selepas bergelar anak seni.

“Saya bukan memilih kawan, tetapi kalau rasa ada sesuatu yang pelik, saya akan menjaga jarak. Berkawan itu boleh, tetapi perlu ada batas. 

“Lebih-lebih lagi bila sudah berada dalam industri, kita kena lebih berhati-hati untuk mempercayai semua orang,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Topik Berkaitan

Advertisement