Skip to main content

Hiburan

Sufian Suhaimi & Isteri Dipuji Jaga Privasi Sepanjang Tempoh Hamil - “Tak Perlu Gender Reveal, Know Know Dah Bersalin… Tahniah”

Sufian Suhaimi

Sekilas

  • Rania Al Sadat, isteri penyanyi Sufian Suhaimi, berkongsi berita gembira kelahiran anak perempuan mereka di Threads.
  • Pasangan ini mendapat ucapan tahniah ramai kerana berjaya menjaga privasi sepanjang kehamilan tanpa mendedahkan gambar baby bump atau majlis gender reveal.
  • Sufian dan Rania berkahwin pada 2 Mei 2025 dan sebelum itu, Sufian mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq.

Isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi iaitu Rania Al Sadat menyorot perhatian apabila berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kino bergelar ibu.

Menerusi perkongsian di Threads, Rania memuat naik beberapa foto dirinya bersama Sufian serta cahaya mata perempuan mereka.

“And suddenly I’m a momma,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut kemudiannya meriah perhatian ramai yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah kepada Rania dan Sufian.

Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita yang dikenali sebagai @adira_eshal89 dilihat memuji Rania dan Sufian yang dilihat cukup menjaga privasi sepanjang tempoh kehamilan.

“Tak perlu majlis gender reveal baby, gambar baby bump pun tak pernah upload, know-know selamat bersalin.

“Tahniah Sufian pandai jaga dan pilih isteri, semoga rumah tangga kekal hingga Jannah. Welcome to world baby girl,” tulisnya.

Untuk rekod, Sufian dan Rania sah bergelar suami isteri pada 2 Mei 2025.

Sebelum berkahwin, Sufian juga mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement