Skip to main content

Selebriti

Azar Azmi Kenang Jasa Ozlynn Wati, Beri Zakat Buat Beli Barang Anak - "Sebab Dia Anak Aku Dapat..."

WhatsApp Image 2026 04 30 at 2.04.16 PM

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi mendedahkan bahawa aktres Ozlynn Wati banyak membantu dirinya ketika menghadapi masalah, termasuk sebelum dia ditahan polis atas dakwaan penipuan.
  • Ozlynn turut memberikan sumbangan zakat kepada Azar untuk membeli keperluan harian anak-anaknya, termasuk lampin dan susu.
  • Azar kini telah dibebaskan daripada pertuduhan dan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan dalam kes yang melibatkan dirinya dan suaminya.

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan bahawa aktres, Ozlynn Wati merupakan individu yang paling banyak membantu dirinya ketika dia dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, dia sempat berkongsi pada Ozlynn tentang keadaan dirinya sebelum dia ditahan polis tempoh hari atas dakwaan kes penipuan.

"Masa aku susah, ada seorang kawan baik aku yang tahu cerita aku sepenuhnya. 3 Hari sebelum aku kena ambil. Orang itu adalah Ozlyn Wati.

"Aku sempat bercakap dengan dia dan cerita segala kronologi pada dia," katanya.

Azar berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast Sembang Seram yang dikendali pempengaruh media sosial, Safwan Nazri.

Dalam masa sama, Azar berkata bahawa Ozlynn turut memberikan sumbangan zakat pada dirinya supaya dia dapat membeli barang keperluan harian anak-anaknya.

"Dia ada bagi sedikit zakat pada aku supaya aku boleh beli lampin dan susu anak aku, Terima kasih kak. Waktu dia beri pada saya, anak saya suka makan ayam.

"Aku dapat bagi dia makan ayam goreng. Dia selalu sebut KFC, budak kan. Dialah yang duduk dengar cerita aku sampai dia pun menangis sekali,"ujarnya.

Untuk rekod, setelah sekian lama, nama Azar kembali menjadi bualan susulan kes melibatkan dirinya dan suami, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri yang direman serta didakwa di mahkamah berkaitan penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.

Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan kini akan bertindak sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement