Skip to main content

Selebriti

Perbicaraan Pengesahan Lafaz Cerai & Rujuk Aslam, Marissa Selesai

Bakar isteri

Sekilas

  • Perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan media sosial, Ahmad Aslam dan Marissa Dania, selesai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Keputusan perbicaraan akan diumumkan pada tarikh yang belum ditetapkan atas permintaan pasangan tersebut.
  • Pasangan ini pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 ketika Aslam masih berstatus suami kepada isteri pertama, tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Perbicaraan kes bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan personaliti media sosial, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid atau Aslam 27, dan isterinya, Marissa Dania Hakim, 21, selesai tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada Rabu.

Perbicaraan tersebut berlangsung lebih kurang satu jam di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.

Keputusan bagi perbicaraan itu akan dimaklumkan pada satu tarikh yang ditetapkan.

Bagaimanapun tarikh berkenaan tidak dimaklumkan permintaan pasangan tersebut.

“Alhamdulillah perbicaraan selesai, untuk kedua-dua kes iaitu pengesahan lafaz cerai dan pengesahan rujuk,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status pasangan berkenaan, Muhammad Ammar Yaser juga mengakui dia tidak boleh berkongsi lanjut atas permintaan anak guamnya.

“Apa yang berlaku, tidak dibenarkan untuk kongsi. 
Doakan yang baik-baik sahaja. Masih suami isteri atau tidak.

“Selagi mahkamah tidak putuskan apa-apa, itulah statusnya. Kita kena tunggu apa yang mahkamah putuskan,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Ammar Yaser menjelaskan anak guam iaitu Aslam memaklumkan ada berlaku lafaz rujuk bagi kedua-dua perceraian itu pada tahun yang terbabit (2024 dan 2025).

Susulan itu, permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan difailkan oleh Aslam pada 10 Mac lalu.

Pasangan Aslam dan Marissa tiba bersama di mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi, namun ketika hadir kedua-duanya enggan mengulas ketika disapa media.

Pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah ini bagi tujuan pengesahan pernikahan mereka selepas setahun yang berlaku di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan, ketika perkahwinan itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga termasuk ibu bapa Marissa iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi perhatian apabila Ahmad Aslam bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Ahmad Aslam sedang mengerjakan umrah.
Ketika itu, Ahmad Aslam dilapor masih lagi memegang status sebagai suami orang.

Pernikahan itu juga dilaporkan berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuk ibu dan bapanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement