Skip to main content

Selebriti

Kamal Adli Titip Ucapan Hari Jadi Buat Hawra Uqaira, Hargai Jasa Uqasha Senrose - "Ayah Sayang Awak, Maaf Tahun Ini Lain Sikit..."

WhatsApp Image 2026 04 27 at 4.22.42 PM

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi video kompilasi sempena ulang tahun kedua anaknya, Hawra Uqaira, sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama pada hari istimewa itu akibat tuntutan kerja.
  • Pelakon itu mendoakan agar Hawra membesar sebagai anak solehah, bijak dan sihat serta mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, yang menjaga anak mereka.
  • Kamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021 dan bercerai pada Januari 2024, dengan Hawra sebagai cahaya mata tunggal mereka.

Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan sempena ulang tahun kedua anak kesayangannya, Hawra Uqaira.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal memuat naik video kompilasi yang memaparkan momen Hawra sejak bayi hingga kini.

Dalam masa sama, Kamal turut memohon maaf kerana tidak dapat menyambut hari istimewa itu bersama anaknya atas tuntutan kerja.

"Simpan sini. Selamat ulang tahun kedua sayang. Maaf ayah tiada kat sini semasa hari jadi Hawra. Cari rezeki jauh sikit, Allah bagi. Ayah sayang awak sangat. Rindu awak. Maaf tahun ini, lain dari yang lain sikit dari tahun lepas,"tulisnya.

Kamal turut mendoakan agar Hawra membesar sebagai anak solehah, bijak dan sihat, selain merakamkan penghargaan kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose yang menjaga serta membesarkan anak mereka.

"Ayah doa Hawra jadi anak solehah, bijak dan sihat. Terima kasih ibu lahirkan dan jaga Hawra. Allah sahaja yang boleh balas kebaikan ibu,"ujarnya.

Sebelum ini, Kamal meluahkan rasa rindu terhadap Hawra kerana tidak berpeluang untuk menyambut raya pertama tahun ini bersama anak tersayangnya itu.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement