Skip to main content

Selebriti

Ada Yang Luah Rasa Ingin Tahu Tentang Cara Artis Jaga Solat, Sissy Imann Kongsi Rutin Dilakukan - “Ambil Wuduk Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat”

Sissy solat

Sekilas

  • Sissy Imann menjawab persoalan netizen mengenai bagaimana artis menunaikan solat ketika jadual kerja padat dan acara malam seperti AJL.
  • Sissy berkongsi rutin mengambil wuduk sebelum solekan untuk memudahkan solat pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk dengan kerja.
  • Perkongsian Sissy mendapat reaksi positif daripada netizen yang menghargai usaha beliau menjaga solat dalam kerjaya seni.

Penyanyi, Sissy Imann tampil menjawab persoalan seorang netizen yang menyuarakan rasa ingin tahu mengenai bagaimana seseorang artis itu menunaikan solat sekiranya mereka terlibat dengan jadual kerja yang padat.

Menerusi satu hantaran di media sosial, individu itu mempersoalkan bagaimana artis menguruskan kewajipan solat ketika perlu bersiap seawal petang dan terlibat dalam acara besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada waktu malam.

“Tertanya-tanya golongan artis artis ni sama ada penyanyi atau pelakon dan sebagainya. Solat ke tak eh sebenarnya.

“Cuba bayangkan penyanyi masuk AJL show jam 9, daripada petang dah make up, magrib? Lepas habis show ada press lagi, Isyak?

“Tidur lewat, subuh? Tak kan solat Zohot dan asar saja,” soalnya.

Menjawab persoalan itu, Sissy berkata dia tetap menjaga solat walaupun sibuk dengan komitmen kerja.

Malah Sissy juga turut berkongsi rutin atau langkah yang diamalkan seperti mengambil wuduk sebelum mengenakan solekan bagi memudahkan urusan ibadah.

“Kalau macam Sissy, selalunya memang ambil wudhu sebelum make up.

“Selepas itu, nanti masuk sahaja waktu, sarung je telekung dan solat. Ini video abang Sissy ambil Sabtu lepas. Nak solat Maghrib,  show jam 9 pm,” tulisnya.

Perkongsian Sissy itu juga turut mendapat reaksi positif daripada netizen yang inisiatif Sissy dalam menjaga solatnya.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16235 Sweatshirt Kosong Kapas S-XXL | Cotton Plain Sweatshirt

ELGINI E16235 Sweatshirt Kosong Kapas S-XXL | Cotton Plain Sweatshirt

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

KEMEJA Juliet Shirt Slim Stripe Shirt

KEMEJA Juliet Shirt Slim Stripe Shirt

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

(Refine by Lovito) Elegant Rhinestone Flat Sandals for Women LR24E058 (Refine by Lovito) Sandal Rata Rhinestone Elegan untuk Wanita LR24E058

(Refine by Lovito) Elegant Rhinestone Flat Sandals for Women LR24E058 (Refine by Lovito) Sandal Rata Rhinestone Elegan untuk Wanita LR24E058

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement