Skip to main content

Selebriti

"Sedap Sangat Laksa Sampai Mama Syed Saddiq..." - Netizen Terharu Lihat Bella Astillah Disayangi & Dihargai

WhatsApp Image 2026 04 27 at 12.21.26 AM

Sekilas

  • Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, memuji masakan laksa Bella Astillah ketika rumah terbuka Syed Saddiq baru-baru ini.
  • Seorang pengguna Threads berkongsi rasa terharu melihat Bella yang kelihatan bahagia dan disayangi sepenuh hati oleh keluarga.
  • Syed Saddiq dan Bella Astillah baru sahaja mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Ibu kepada Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menarik perhatian ramai apabila memuji masakan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ketika Syed Saddiq mengadakan rumah terbuka, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads oleh seorang pengguna, individu tersebut meluahkan rasa terharu apabila melihat penyanyi kesayangan ramai itu kelihatan bahagia dan disayangi.

"Rasa terharu sangat tengok video ini. Bella betul-betul dihargai dan dapat kasih sayang dari insan yang benar-benar menyayangi dia dengan sepenuh hati.

"Sedap sangat agaknya Laksa Bella ini sampai Mama Syed Saddiq puji melambung kata sedap sangat-sangat. Bella memang pandai masak," tulisnya.

Dalam hantaran sama, turut menjadi perhatian apabila Syed Saddiq dilihat menyuap makanan kepada Bella dan dua orang anaknya,  Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun menggayakan busana berwarna hijau sage rekaan Atelia Amani.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement