Skip to main content

Hiburan

Syamel Mohon Maaf Teaser MV ‘Pertama’ Jadi Isu, Terus Hubungi Ernie Zakri Minta Pandangan - “Memang Tak Sentuh Pun, Itu Hanya Kamera Angle”

Astro Gempak 416

Sekilas

  • Syamel memohon maaf atas babak dalam teaser MV lagu terbaharunya, Pertama, yang disalah tafsir netizen sebagai sentuhan fizikal dengan finalis Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander.
  • Syamel menjelaskan babak tersebut hanyalah teknik kamera dan tiada sentuhan sebenar, serta telah mengesahkannya dengan Sharmaine dan isterinya, Ernie Zakri.
  • Isu ini menjadi perhatian kerana Syamel berstatus suami orang dan klip video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Penyanyi Syamel tampil memohon maaf susulan babak dalam teaser muzik video (MV) lagu terbaharunya berjudul Pertama yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, babak tersebut disalah tafsir apabila ada yang menyangka berlaku sentuhan fizikal antara dirinya dan ‘talent’ bagi MV tersebut iaitu finalis Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander

“Saya ambil pendekatan untuk mohon maaf kerana memperlihatkan babak sebegitu. Saya minta maaf kalau ia memberi rasa kurang kepada sesiapa yang menonton.

“Sebagai seorang yang matang dan berfikiran positif, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Syamel menjelaskan babak tersebut hanyalah teknik kamera semata-mata dan tidak melibatkan sebarang sentuhan.

“Kebanyakan komen tanya kenapa saya pegang perempuan itu? Mereka ingat saya rangkul pinggang, tapi kalau ‘zoom’ betul-betul, memang tak sentuh dia pun, kamera 'angle' sahaja. 

“Saya siap hubungi Sharmaine untuk ‘double confirm’ dan dia sendiri cakap memang tak kena,” jelasnya.

Syamel berkongsi perkara itu semasa sidang media pelancaran lagu Pertama yang diadakan di TGV Cinemas, Pavilion, Bukit Jalil pada petang Selasa.

Dalam masa sama, Syamel turut mengambil inisiatif menghubungi isterinya, Ernie Zakri bagi mendapatkan pandangan.

“Bila berlaku benda itu, perkara pertama saya buat adalah hubungi isteri saya.

“Saya tanya pandangan dia dan bila kami tengok bersama-sama, sebenarnya tak kena pun, itu hanya ‘trick’ kamera,” ujarnya.

Terdahulu, klip video yang dimuat naik Syamel dalam aplikasi Threads mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada pihak mendakwa berlaku sentuhan antara penyanyi itu dan finalis Dewi Remaja 2025, Shermaine Alexander.

Isu tersebut menjadi perhatian memandangkan Syamel berstatus suami orang.

Anda mungkin berminat dengan

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Must-Watch Video

Advertisement