Skip to main content

Hollywood

Selepas Waka Waka, Shakira Kembali Bawakan Lagu World Cup 2026

Astro Gempak shakira (1)

Sekilas

  • Shakira sah menjadi penyanyi lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2026 dengan lagu berjudul Dai Dai yang akan dilancarkan pada 14 Mei ini.
  • Lagu Dai Dai menampilkan kolaborasi bersama penyanyi Nigeria, Burna Boy, dan menggabungkan lirik dalam bahasa Inggeris serta makna motivasi.
  • Piala Dunia 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai, dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico dengan perlawanan pembukaan di Mexico City.

Bahang Piala Dunia FIFA 2026 atau World Cup 2026 semakin terasa apabila satu demi satu promosi dan iklan berkaitan temasya yang dinanti-nanti peminat sukan itu mula diperkenalkan.

Terkini, penyanyi Shakira mengesahkan dirinya menjadi pembawa lagu rasmi World Cup 2026 menerusi potongan video yang ditayangkan beberapa hari lalu.

Menerusi video dengan durasi satu minit yang dikongsikan di akauan Instagramnya, penyanyi itu dilihat berada dalam Stadium Maracana, di Rio de Jenairo, Brazil.

Berjudul Dai Dai, Shakira turut dilihat bersama penyanyi Nigeria, Burna Bay. Lagu rasmi tersebut dijangka dirilis pada 14 mei ini, lapor BBC. Dai merupakan bahasa Itali yang bermaksud Let’s Go sementara Dale yang diulang pada korusnya bermaksud Go On atau We Can Do It.

Dalam video tersebut, Shakira, 46 menyanyi dalam bahasa Inggeris bersama Bay yang antara liriknya berbunyi: “Knew from the day you were born, Here in this place, you belong, You've been this brave all along, What broke you once made you strong."

Dengan penampilan bersama Dai Dai, ini menjadikan penyanyi Colombia tersebut bakal mengulangi fenomena lagu World Cup yang pernah berlaku menerusi hit Waka Waka (This Time for Afrika). Waka Waka adalah lagu rasmi World Cup 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan.

Sebelum ini, Shakira juga pernah membuat persembahan pada final Worl Cuo 2006 dan 2014.

Edisi World Cup 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026. Kejohanan ini dihoskan bersama oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico, dengan perlawanan pembukaan di Mexico City dan perlawanan akhir di New York atau New Jersey.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Advertisement