Skip to main content

Hiburan

Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira, Harap Dapat Berunding Soal Kebajikan Anak-Anak - “Maaf Atas Keterlanjuran Saya Di Media Sosial”

Datuk Red

Sekilas

  • Datuk Seri Adnan Abu memohon maaf secara terbuka kepada bekas isteri, Adira Suhaimi, atas keterlanjurannya di media sosial melalui video TikTok.
  • Adnan berharap mereka dapat berunding demi kebajikan anak-anak mereka dan menamatkan perbalahan yang berlaku.
  • Adira mendakwa Adnan meletakkan syarat RM100,000 untuk menyelesaikan kes rujuk, namun Adnan menafikan dakwaan tersebut.

Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu memuat naik video permohonan maaf kepada bekas isterinya itu menerusi satu video dimuat naik di TikTok.

Ujar Adnan yang mesra disapa Datuk Red, permohonan maaf itu dibuat atas keterlanjuran yang dilakukannya di media sosial secara langsung mahupun tidak langsung.

“Assalamualaikum wbt, saya Adnan Abu. Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguamnya.

“Saya ingin membuat permohonan maaf ikhlas daripada saya atas keterlanjuran saya di media sosial secara langsung atau tidak langsung,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Datuk Red berharap agar dia dan Adira dapat berunding demi kebajikan anak-anak mereka di masa hadapan.

“Harap permohonan maaf saya ini dapat menamatkan perbalahan kita serta dapat berunding untuk membesar dan menjaga anak mengikut haluan masing-masing,” luahnya lagi.

Terdahulu, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan bekas suaminya Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk membabitkan mereka.

Dakwa pelantun lagu Sayang Orang Yang Sama itu, bekas suaminya telah meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes rujuk yang sedang berlangsung di mahkamah.

Bukan itu sahaja, Adira turut mendakwa bekas suaminya mahu saman sivil berkaitan tuntutan hutang digugurkan.

Bagaimanapun, Datuk Red menyangkal kenyataan Adira yang mendakwa dia meletakkan syarat tersebut, selain menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran termasuk meminta membatalkan kes saman sivil membabitkan hutangnya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3 tahun.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement