Skip to main content

Hiburan

Aepul Roza Tak Mahu Fiq Halim Terus Hilang, Bagi Sokongan Untuk Comeback - “Kita Akan Sign Dia Artis Pertama Di Bawah Aepul Roza Production”

Astro Gempak 444

Sekilas

  • Aepul Roza beri sokongan penuh kepada Fiq Halim untuk kembali aktif dalam industri muzik selepas lama menyepi akibat isu kontrak dan kurang sistem sokongan.
  • Aepul jelaskan projek bersama Fiq adalah hasil minat dan kepercayaan terhadap bakat sahabatnya, bukan semata-mata untuk keuntungan.
  • Konsert Trilogi yang menampilkan Fiq Halim, Aepul Roza dan Aweera akan berlangsung pada 18 Julai 2026 di UPM Serdang dengan tiket dalam tiga kategori.

Penyanyi Aepul Roza mengakui dia antara individu yang banyak memberi sokongan kepada Fiq Halim untuk kembali aktif dalam industri muzik selepas lama menyepi.

Menurut Aepul, Fiq yang popular dengan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang itu sebenarnya masih memiliki kualiti vokal yang hebat namun kehilangan sistem sokongan selepas berdepan isu kontrak sebelum ini.

“Saya rasa mungkin sebab orang lain terlepas pandang pada dia. Disebabkan dia ada isu kontrak sebelum ini, jadi dia terpaksa menyepi.

“Bila nak datang balik, dia perlukan sistem sokongan yang besar dan itu tidak terjadi,” katanya.

Tambah Aepul, keadaan tersebut menyebabkan nama Fiq semakin tenggelam sehingga penyanyi itu mula kecewa dengan industri hiburan.

“Nama dia makin lama makin hilang daripada industri dan dia pun dah frust dengan industri.

“Sebenarnya saya cakap dekat dia, kualiti korang masih sama, vokal masih hebat. Cuma perlu tempat saja untuk tunjukkan kembali,” ujarnya.

Menurut vokalis Drama Band itu lagi, projek yang dilakukan bersama Fiq bukan semata-mata untuk keuntungan tetapi lahir daripada minat dan kepercayaan terhadap bakat sahabatnya itu.

“Dia datang balik dengan keyakinan dan minat itu. Ini pula sebagai kawan-kawan, jadi ia jadi passion project.

“Kita buat ini bukan untuk cari wang semata-mata, tapi sebab minat dan untuk mereka yang rindu dekat dia,” katanya.

Aepul turut mengakui Fiq sebenarnya terlupa bahawa dirinya pernah berada di tahap terbaik dalam industri.

“Dia sebenarnya dah terlupa pun dia pernah hebat. Itu yang silap dia,” katanya.

Menurut Aepul, antara cabaran terbesar Fiq adalah kerana penyanyi itu sebelum ini terlalu bergantung kepada sistem sokongan label arus perdana.

“Dia keluar dengan sistem sokongan yang hebat dan hanya perlu menyanyi saja. Jadi dia tak sempat belajar macam mana nak bina sistem sokongan sendiri.

“Bila tak ada sistem sokongan, dia jadi agak ‘lost’. Bukan sebab ego terlalu tinggi, tapi dia tak pandai nak mula balik,” katanya.

Tambahnya, dia dan rakan-rakan kini cuba membantu Fiq kembali membina keyakinan serta menguruskan kerjaya secara sendiri.

“Insya-Allah kita akan tandatangani dia sebagai artis pertama di bawah label Aepul Roza Production.

“Konsert ini adalah langkah pertama. Bila kita buat benda itu masa Drama 15 Tahun, terbukti crowd nyanyi lagi kuat daripada Fiq. Itu yang buat kami rasa konsep Trilogi ini memang menjadi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aepul bakal muncul menerusi Konsert Trilogi bersama Fiq Halim dan Aweera.

Konsert tersebut dijadual berlangsung pada 18 Julai 2026 di Big Pillars Hall, Astana Putra, UPM Serdang dengan kapasiti terhad seramai 1,000 penonton.

Tiket ditawarkan dalam tiga kategori iaitu VIP (RM289), Normal (RM189) dan Standing (RM99).

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Advertisement