Skip to main content

Hiburan

Pelakon ‘Afi & Abah’ Rindu Nak Kembali Berlakon, Dakwa Sering Ditolak Pihak Produksi

Astrogempak Afi

Sekilas

  • Pelakon Rieefqie Shah meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif berlakon tetapi sering ditolak oleh pihak produksi menerusi hantaran di Threads.
  • Perkongsian Rieefqie mendapat perhatian netizen yang membesar dengan sitkom popular Afi & Abah, ramai yang mengenang kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka.
  • Rieefqie dikenali sebagai Afi dalam sitkom tersebut yang turut dibintangi oleh Reza Zainal, Marissa Yasmin, Didi Astillah, Fatin Afeefa dan Allahyarham Din Beramboi.

Pelakon, Rieefqie Shah meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. 

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Threads, Rieefqie mendakwa dia sering ditolak oleh pihak produksi.

“Rindu nya nak berlakon. Kenapa production sekarang semua reject aku?,” tulisnya di Threads. 

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian netizen, khususnya peminat yang membesar dengan lakonan Rieefqie menerusi sitkom popular Afi & Abah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu terhadap pelakon itu selain mengimbau kenangan zaman kanak-kanak mereka.

“Oh ingat lagi… Afi dan Abah.”

“Bro! Kau childhood aku. Thanks, man for the memories.”

“Muka terlalu baby face kot hahaha nak bagi watak apa tak tahu. Kena buat ulangan Afi & Abah versi besar.”

“Thank you sebab mewarnai kehidupan saya waktu hujung minggu. Kalau ada siri baru, memang saya yang beratur di depan.”

“Dulu sebelum pergi ke sekolah, layan dulu Afi & Abah. Rindu betul zaman tu.”

“Terima kasih bang sebab dah menceriakan dan jadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya. Sampai berebut remote Astro semata-mata nak tengok cerita ni,” komen netizen. 

Sekadar info, Rieefqie Shah mula dikenali sebagai Afi sejak terlibat dalam sitkom popular Afi & Abah.

Selain Rieefqie, turut menjayakan siri tersebut adalah Reza Zainal, Marissa Yasmin, Didi Astillah, Fatin Afeefa dan Allahyarham Din Beramboi.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement