Skip to main content

Hiburan

Bawa Watak Ustaz, Zahiril Adzim Tampil Sisi Komedi Dalam Bapa Mentuaku Mafia - “Saya Seorang Yang Serius, Tak Pernah Buat Lawak”

Bapa Mentuaku Mafia

Sekilas

  • Zahiril Adzim akan membawa watak ustaz santai dan kelakar dalam drama terbaharu Bapa Mentuaku Mafia yang akan ditayangkan di Astro Ria mulai 13 Mei 2026.
  • Drama ini mengisahkan Takdir, seorang ustaz muda yang terpaksa mengikat janji perkahwinan dengan anak ketua mafia, membawa konflik, cinta, dan humor dalam jalan ceritanya.
  • Selain Zahiril, drama ini turut menampilkan pelakon terkenal seperti Datuk Razak Ahmad, Auni Yusri, dan lain-lain dalam slot Dramavaganza setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam.

Pelakon, Zahiril Adzim terus menunjukkan kredibilitinya dalam bidang lakonan apabila bakal tampil membawa watak berunsur komedi bagi drama terbaharu lakonannya yang berjudul Bapa Mentuaku Mafia.

Setelah berjaya menggeletek penonton menerusi watak Amir Daniel dalam filem Libang Libu, kali ini Zahiril membawa kelainan dalam perjalanan karakter lakonannya.

Ujar Zahiril, watak ustaz yang dibawanya tidak klise malah merasai satu cabaran memandangkan dirinya seorang yang serius.

“Saya membawakan karakter sebagai Ustaz Takdir. Cerita dan karakter ini lawak. Tetapi sebenarnya saya orang yang serius. Dalam hidup saya, saya tidak pernah buat lawak.

“Karakter ini sangat menarik dan saya sangat teruja untuk membawakan watak ini. Satu karakter ustaz yang santai serta easy going serta kelakar,” katanya.

Suami kepada pelakon Shera Aiyob ini kemudiannya berharap agar watak ustaz yang dibawanya kali ini akan disambut baik dan diterima penonton.

“Kita bayangkan ustaz berpewatakan begini tetapi sebenarnya lain. Tidak salah pun.

“Malah zaman ini, ustaz muda sekarang membawakan karakter yang lebih dekat
dengan anak muda. Bagi menarik perhatian anak muda, ustaz kena perwatakan
begitu.

“Saya harap saya dapat bawa watak Ustaz ni dengan baik sebab bapa mentua saya
pun mafia,” katanya lagi.

Selain Zahiril, drama ini turut menampilkan Datuk Razak Ahmad, Auni Yusri, Nafiez Zaidi, Shweta Shekon, Aishah Atan dan Haeriyanto Hassan.

Bapa Mentuaku Mafia mengisahkan Takdir (Zahiril Adzim), seorang ustaz muda yang disegani, mengemudi hidup berteraskan iman dan prinsip. Namun ketenangannya tergugat apabila ketua mafia, Zack (Dato’ Razak Ahmad), memaksanya mengikat janji perkahwinan dengan puterinya, Melissa (Siti Hariesa). Terhumban ke dalam dunia berbahaya yang sarat dengan kuasa, rahsia dan kesetiaan, Takdir berdepan ujian paling besar dalam hidupnya.

Di persimpangan cinta, konflik dan kehadiran Murni (Auni Yusri), serta misinya untuk mengubah takdir dan membuka lembaran baharu buat Dato’ Zack, perjalanan ini disulami humor dan kisah ringan yang menghiburkan, penuh makna dan keinsafan.

Jangan lupa untuk tonton Bapa Mentuaku Mafia di slot Dramavaganza yang akan mula ditayangkan pada 13 Mei 2026 di Astro Ria
setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 9 malam.

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Must-Watch Video

Advertisement