Skip to main content

Hiburan

Mickey Ayo Bangga Aedy Ashraf Jadi Penerbit, Belanja 1,000 Tiket Percuma Untuk Orang Ramai Tonton Filem TARUNG: Unforgiven

Astro Gempak 438

Sekilas

  • Mickey Ayo berkongsi kisah perkenalannya dengan Aedy Ashraf 11 tahun lalu ketika bekerja sebagai runner produksi sebelum Aedy menjadi penerbit filem.
  • Mickey menghadiahkan 1,000 tiket percuma untuk tayangan filem Tarung: Unforgiven di lima dewan pawagam TGV Velocity, yang habis ditebus dalam beberapa jam.
  • Filem aksi Tarung: Unforgiven yang menampilkan barisan pelakon popular mula ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara hari ini.

Perunding kewangan, Mickey Ayo mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen awal perkenalannya dengan pelakon dan penerbit, Aedy Ashraf sebelum sahabatnya itu bergelar penerbit filem.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Mickey berkata dia mengenali Aedy sekitar 11 tahun lalu ketika bekerja sambilan sebagai runner produksi.

“11 tahun lepas aku kenal mamat ni. Time tu aku buat part time jadi runner production, kena ambik hantar artis.

“Sebab lokasi penggambaran dekat dengan rumah aku, akhirnya sepanjang shooting dia tidur rumah aku je. Pejam celik hari ini kau dah jadi pengarah dan producer dan aku memang bangga dengan kau,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Mickey turut menghadiahkan 1,000 tiket percuma kepada peminat untuk menonton filem Tarung: Unforgiven terbitan pertama Aedy.

Menurutnya, sebanyak lima dewan pawagam di TGV Velocity ditempah khas bagi tujuan tersebut hari ini.

“Just share and jumpa esok! Lima hall dan 1,000 tiket percuma untuk kau brother.

“Meet and greet sebelum movie,” katanya.

Mickey turut memaklumkan semua tiket percuma tersebut habis ditebus hanya dalam tempoh beberapa jam selepas pautan pendaftaran dibuka.

“Gila lah penangan Tarung ni. 1,000 tiket habis macam tu je. Jumpa esok guys! Pakai hensem-hensem dan cantik-cantik okey,” ujarnya.

Difahamkan, Aedy juga berjanji membawa keseluruhan barisan pelakon Tarung: Unforgiven untuk sesi bertemu peminat tersebut.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven mula ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement