Skip to main content

Hiburan

"Malas Nak Bergaduh, RM1,300 Je Bukan RM3,000" - Fatin Afeefa

Astrogempak Fatin Afeffa

Sekilas

  • Fatin Afeefa memilih untuk tidak memanjangkan isu tuntutan nafkah anak walaupun mahkamah telah menetapkan jumlah nafkah dan yuran persekolahan yang perlu dibayar bekas suaminya.
  • Jumlah nafkah yang ditetapkan adalah RM1,300 sebulan, lebih rendah daripada jumlah yang pernah diminta sebelum ini.
  • Fatin menegaskan tanggungjawab membayar nafkah anak adalah kewajipan dan bukan sesuatu yang perlu dipersoalkan atau dipertikaikan.

Pelakon, Fatin Afeefa mengakui tidak mahu memanjangkan isu tuntutan nafkah anak seperti yang telah diperintah oleh mahkamah. 

Menurut Fatin, dia enggan bersuara mengenai isu tersebut memandangkan jumlah nafkah yang telah ditetapkan tidaklah terlalu tinggi. 

“Malas nak bergaduh, RM1,300 je bukan RM3,000. Minta RM3,000 tak dapat pun.

“Dulu tak nak bayar sekolah sebab tiada perintah, sekarang ada perintah kena bayar sekolah, itu je. Okay ya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fatin juga menjelaskan hantaran tersebut bukan ditujukan kepada bekas suaminya, Adam Shahz. 

"Dia nak bergaduh ke Fatin?

"Tak bukan dia," kata Fatin membalas komen netizen. 

Terdahulu, Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur selepas perjuangan tiga tahun untuk mendapatkan hak anak perempuan, Ivy Herra Sophia, terbayar. 

Fatin atau nama penuh, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, memberitahu Mahkamah Syariah memutuskan bayaran nafkah bulanan dinaikkan dan yuran persekolahan ditanggung sepenuhnya bekas suami, Adam Shahz. 

Tambah Fatin, tanggungjawab terhadap anak bukan sesuatu yang wajar dipersoalkan atau diminta, sebaliknya, ia adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement