Skip to main content

Berita Tempatan

PU Riz Anjur Majlis Quranic Madani Di Bukit Bintang, Ajak Masyarakat Hayati Al-Quran - "Mari Duduk Bersama..."

Astro Gempak riz quranic

Sekilas

  • Pendakwah bebas PU Riz mengajak masyarakat hadir ke program Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf pada Jumaat ini di hadapan Pavilion Kuala Lumpur secara percuma.
  • Program ini bertujuan menghidupkan budaya membaca dan menghayati al-Quran, serta memberi penekanan kepada pendidikan awal hafazan untuk kanak-kanak umur tiga hingga sembilan tahun.
  • Acara bermula jam 8.30 malam dan diharap dapat memperkukuhkan hubungan masyarakat dengan al-Quran serta mewujudkan suasana harmoni melalui pendekatan dakwah santai.

Pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail mengajak masyarakat untuk sama-sama menghadiri program Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang bakal berlangsung Jumaat ini di hadapan Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang.

Menurut PU Riz, program yang dianjurkan secara percuma itu bertujuan menghidupkan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan masyarakat, khususnya di tengah suasana kehidupan bandar yang sibuk.

“Insya-Allah, kita pada Jumaat ini bakal mengadakan majlis al-Quran iaitu Quranic Madani supaya kita dapat menghimpunkan seramai mungkin masyarakat untuk bersama membaca dan memahami al-Quran.

“Program ini juga terbuka secara percuma kepada semua,” katanya.

Tambah PU Riz, program tersebut turut memberi penekanan kepada pendidikan awal al-Quran untuk kanak-kanak, terutama dalam membina asas hafazan sejak kecil.

“Kita mahu memberi peluang kepada anak-anak kecil bermula umur tiga hingga sembilan tahun untuk mula menghafal al-Quran bermula dengan Juzuk 30.

“Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang dekat dengan al-Quran kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya,” katanya sambil memetik hadis Nabi Muhammad SAW, Khairukum man ta’allamal Quran wa ‘allamahu.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru orang ramai untuk hadir memeriahkan program yang dijadual bermula jam 8.30 malam itu.

“Mari sama-sama hadir pada jam 8.30 malam di hadapan Pavilion Bukit Bintang. Kita duduk bersama membaca al-Quran dan menghayati kalam Allah.

“Semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada negara kita dengan mengangkat al-Quran melalui Quranic Madani. Jumpa anda di sana,” ujarnya.

Program tersebut dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha memperkukuhkan hubungan dengan al-Quran serta mewujudkan suasana lebih harmoni melalui pendekatan dakwah yang santai dan terbuka.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement