Skip to main content

Hiburan

Bukan Tengok Rupa Semata-Mata, ‘Rak Rak: Senses of Love’ Program Realiti Terbaharu Keluaran Viu

Rak Rak Senses of Love

Sekilas

  • Viu lancar siri realiti original terbaru, Rak Rak: Senses of Love, yang menekankan hubungan emosi melalui lima deria dan bukan hanya rupa paras atau komunikasi lisan.
  • Penggambaran di Thailand menampilkan peserta muda dari Korea Selatan dan Asia Tenggara dengan latar budaya dan kerjaya berbeza, menjalani aktiviti berasaskan bunyi, sentuhan, dan tugasan kreatif.
  • Siri lapan episod ini adalah sebahagian strategi Viu untuk kandungan realiti premium, hasil kerjasama dengan Korea Creative Content Agency bagi menggabungkan elemen Korea dan Asia Tenggara.

Platform penstriman popular, Viu tampil dengan siri realiti original terbaharu berjudul Rak Rak: Senses of Love yang mula ditayangkan secara eksklusif sejak 30 April lalu di semua pasaran Viu.

Diterbitkan oleh BigHouse Entertainment, siri ini membawa kelainan dalam format rancangan temu janji apabila lebih menekankan hubungan emosi menerusi lima deria berbanding rupa paras atau komunikasi lisan semata-mata.

Menariknya, penggambaran yang berlangsung di Thailand menghimpunkan peserta muda dari seluruh dunia yang menetap di South Korea dan Asia Tenggara dengan pelbagai latar belakang budaya serta kerjaya.

Mereka bakal menjalani pelbagai pengalaman bersama bagi membina hubungan lebih rapat tanpa terlalu fokus terhadap penampilan luaran.

Menerusi konsep temu janji yang lebih intim dan tidak konvensional, peserta akan melalui aktiviti berasaskan bunyi, sentuhan serta tugasan kreatif yang direka untuk menguji keterbukaan emosi dan cara manusia berhubung tanpa perlu banyak bercakap.

Siri lapan episod berdurasi satu jam itu turut menjadi sebahagian daripada strategi Viu dalam memperluaskan kandungan realiti premium yang lebih segar dan autentik selari dengan cita rasa penonton masa kini.

Rak Rak: Senses of Love turut dihasilkan menerusi kerjasama pelaburan bersama Korea Creative Content Agency susulan memorandum persefahaman yang dimeterai pada Ogos 2024.

Kerjasama tersebut memfokuskan pembangunan kandungan premium Korea yang digabungkan dengan elemen Asia Tenggara dan berpotensi menembusi pasaran global.

Sebelum ini, Viu turut melancarkan siri realiti makanan Bite Me Sweet yang menerima sambutan positif daripada penonton.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement