Skip to main content

Hiburan

“Aku Buat Filem Ini Untuk Semua Yang…” - Aedy Ashraf

Tarung: Unforgiven

Sekilas

  • Aedy Ashraf dan pasukan Alpha 47 menghasilkan filem pertama terbitan mereka, Tarung: Unforgiven, sebagai penghargaan kepada mereka yang tidak pernah berhenti melawan ujian hidup.
  • Filem aksi ini mengangkat tema kehidupan sebagai gelanggang sebenar dengan jalan cerita penuh emosi dan dibintangi oleh pelakon popular seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, dan Zul Ariffin.
  • Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara, menampilkan kerjasama antara Alpha 47, Icon Pictures, dan Astro Shaw.

Pelakon, Aedy Ashraf berkongsi sebab utama dia dan pasukan Alpha 47 menghasilkan filem pertama terbitannya yang berjudul Tarung: Unforgiven.

Menerusi Threads, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi penghasilan filem ini adalah khas untuk mereka yang tidak pernah berhenti melawan ujian hidup.

“Aku bikin Tarung: Unforgiven untuk orang-orang macam kita, yang jatuh berkali tapi tetap bangun, yang penat tapi tak berhenti melangkah, yang luka tapi masih memilih untuk percaya. Untuk jiwa yang tak pernah kenal erti give up!,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Aedy turut menitipkan pesanan penuh bermakna buat orang ramai yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan.

“Kepada abang-abang dan kakak-kakak saya di Threads ini yang sedang bertarung dalam kehidupan masing-masing.

“Saya tahu korang sedang bertarung senyap-senyap. Ada yang bertarung demi keluarga, bertarung untuk diri sendiri, bertarung dengan masa silam, bertarung untuk cita-cita.

“Teruskan! Tanpa henti, pasti satu hari nanti akan sampai ke destinasi yang dituju. Pasti!” tulisnya.

Filem aksi TARUNG: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement