Sekilas
- Filem animasi baharu berjudul FLEAK bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 Mei dengan kerjasama Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran.
- FLEAK mengisahkan tentang keberanian, kehilangan, dan penerimaan diri dalam dunia penuh keajaiban serta cabaran menghadapi diri sendiri.
- Netizen menunjukkan keterujaan tinggi untuk membawa anak-anak dan keluarga menonton filem ini sempena musim cuti sekolah akan datang.
Anima Vitae, Anima Vitae Point, Animoon, dan Godo Films bakal tampil dengan sebuah filem animasi baharu berjudul FLEAK.
Dengan kerjasama Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran di Malaysia filem itu bakal menemui penonton di pawagam sempena musim cuti sekolah akan datang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk membawa anak-anak serta keluarga menonton filem animasi berkenaan di pawagam.
“Yess!! Akhirnya ada movie nak layan dengan cousin-cousin!”
“Ahhh bestnya! Nak bawa my bunga & musa la.”
“Finally! Yeayyy tak sabar bawa anak tengok.”
“So excited! Boleh bawa anak buah ni!”
“Seriouslah ada animation baru? Confirm anak-anak suka ni! Mesti pergi!”
FLEAK mengisahkan tentang keberanian, kehilangan dan penerimaan diri dalam sebuah dunia penuh keajaiban.
Namun, di sebalik pengembaraan tersebut, cabaran sebenar adalah untuk menghadapi dan menerima diri sendiri.
Nantikan filem Fleak yang akan berada di pawagam bermula 21 Mei hadapan.