Skip to main content

Berita

ZRA antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Rejim Isr*el

WhatsApp Image 2026 04 30 at 2.14.22 PM

Sekilas

  • Aktivis kemanusiaan Zainal Rashid Ahmad dan dua rakyat Malaysia lain dipercayai ditahan oleh rejim Israel selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.
  • Kapal-kapal yang dinaiki mereka adalah Arkham III (Al-Faluja) dan Eros I, yang merupakan sebahagian daripada misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
  • Akaun rasmi Sumud Nusantara menggesa kerajaan bertindak segera untuk melindungi flotila dan mengecam pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

Aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka, awal pagi tadi.

Difahamkan, kapal yang dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.

Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.

Sementara itu, akaun rasmi Instagram (IG) Sumud Nusantara menyatakan apa yang berlaku itu mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.

"Flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa kini berdepan ancaman apabila kapal tentera Israel dilaporkan mengepung dan memintas sekurang-kurangnya 11 kapal.

"Kerajaan-kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi flotila ini serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.

"Dunia tidak boleh berdiam diri. Lindungi flotila. Tamatkan kepungan. Bebaskan Palestin," katanya dalam media sosial berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement