Skip to main content

Selebriti

Fattah Amin Syukur Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Bersama Amira Othman - “Soal Jantina Tak Kisah, Asalkan Sihat”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Fattah Amin dan isterinya, penyanyi Amira Othman, bakal menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir sekitar penghujung Jun atau awal Julai.
  • Kedua-dua mereka bersyukur dan tidak kisah soal jantina bayi asalkan bayi sihat dan proses kelahiran dipermudahkan.
  • Pasangan selebriti ini berkahwin pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor, dan menerima sokongan doa daripada peminat sepanjang kehamilan Amira.

Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata sulung bersama isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, tiada apa yang dapat dizahirkan selain penghargaan buat semua pihak yang tidak putus mendoakannya dengan Amira.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada Gempak

Sementara itu, Amira yang ditanya soal jantina turut memberikan jawapan sama dan memaklumkan bahawa hanya akan berkongsi mengenai perkara itu di masa yang sesuai.

“Soal jantina saya tidak tahu lagi kerana belum buat imbasan. Tetapi apa apa jantina pun saya dan suami terima dan bersyukur asalkan sihat,” katanya.

Terdahulu, Amira mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama dan dijangka melahirkan sekitar penghujung Jun atau awal Julai.

Sebelum ini spekulasi mengenai kehamilan Amira mula menjadi buah mulut peminat apabila penampilannya yang didakwa jelas menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya baru-baru ini.

Amira bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut mengenai spekulasi itu namun meminta ramai untuk mendoakan kesihatannya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement