Skip to main content

Komen

#PMTepiKakGee; Anak Lembam, Ibu Mahu Cari Keluarga Angkat Yang Boleh Menjaganya Kerana...

befunky-collage-3967.jpg
SOALAN

Kak Gee, saya kenalkan diri sebagai Ros. Saya adalah seorang ibu tunggal dengan dua orang anak. Seorang anak saya berusia 11 tahun manakala seorang lagi 15 tahun.

Masalah saya bukan kerana saya ibu tunggal, tetapi salah seorang anak saya merupakan remaja lembam. Dia adalah seorang gadis yang sopan tapi masalah lembam yang dihadapinya membuatkan dia sering menghadapi masalah dengan sekeliling.

Apa yang saya takutkanlah adalah saya mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit buah pinggang. Saat ini saya diuruskan oleh anak yang berusia 11 tahun. 

Bekas suami tinggalkan saya setelah mengetahui saya sakit buat pinggang beberapa tahun lalu.

Sekarang saya kerap bimbang jika meninggal dunia, siapa yang akan menjaga dua anak saya, terutama kakak yang lembam itu kerana saya tidak rasa bekas suami akan sudi menjaga mereka berdua.

Adakah patut saya mendaftarkan anak di Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mula mencari keluarga angkat buat mereka?

Yang Benar,
Ros


Kredit Foto: The Danish Way



JAWAPAN

Hi Ros, sedihnya saya mendengar masalah yang sedang anda hadapi. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji umatNya yang disayang sesuai dengan kemampuan.

Cadangan saya, daripada mencari keluarga angkat atau serahkan mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, adalah lebih baik sekiranya memberi amanah itu kepada waris terdekat yang sangat Ros percayai.

Sejujurnya, menyerahkan anak kepada orang lain bukanlah sebuah keputusan yang menyenangkan, tapi jika itu adalah pilihan yang baik, lakukan ia sebaik baiknya. Anggaplah bukan menyerahkan anak, tetapi memberi kepercayaan buat mereka menjaga dan mendidik kedua dua anak Ros dengan baik.

Namun jauh di lubuk hati Kak Gee, Kak Gee ini semua tak akan terjadi. Kak Gee doakan Ros akan kuat dan diberi kesihatan yang baik untuk terus membesarkan dua anak anda.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Must-Watch Video

Advertisement