Skip to main content

Hiburan

Zarif Ghazzi Sedia RM5,000 Duit Raya Untuk 200 Anak Buah - “Tahun Ini Rezeki Lebih...”

Astro Gempak 298

Sekilas

  • Pelakon Zarif Ghazzi memperuntukkan bajet sekitar RM5,000 untuk duit raya tahun ini bagi hampir 200 orang anak buah dari keluarga besarnya.
  • Zarif tidak berkira dalam berkongsi rezeki dan menerima tajaan baju keluarga daripada Jakel untuk sambutan Aidilfitri.
  • Momen paling bermakna bagi Zarif ialah sesi ‘spiritual’ selepas solat raya di mana keluarga berkumpul, bersalam dan memohon maaf antara satu sama lain.

Pelakon Zarif Ghazzi berkongsi bajet duit raya bagi tahun ini di mana bakal memperuntukkan kira-kira RM5,000 untuk duit raya.

Menurut Zarif, jumlah tersebut dianggap wajar memandangkan dia mempunyai hampir 200 orang anak buah hasil keluarga besar di sebelah kedua-dua ibu bapanya.

“Saya memang memberi duit raya. Anak buah saya ada dekat 200 orang.

“Sebab adik-beradik bapa saya ada 16 orang, manakala adik-beradik ibu pula 15 orang. Memang ramai dan meriah,” katanya.

Tambahnya, dia tidak berkira dalam soal berkongsi rezeki, apatah lagi Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk menggembirakan ahli keluarga.

“Bajet duit raya tahun ini sekitar RM5,000 macam itu. Alhamdulillah, tahun ini rezeki lebih sikit, malah kami juga dapat tajaan daripada Jakel untuk baju keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zarif turut berkongsi momen paling bermakna setiap kali Syawal yang sentiasa dinantikan bersama keluarga tercinta.

“Momen paling saya hargai ialah selepas solat raya, bila satu keluarga berkumpul di rumah.

“Kami ada sesi yang kami panggil ‘spiritual’ iaitu bersalam-salaman dan memohon maaf antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, sesi tersebut menjadi ruang terbaik untuk meluahkan perasaan yang mungkin terpendam sebelum ini.

“Waktu itulah segala yang kita simpan, kita keluarkan dan beritahu keluarga.

“Ada yang takut nak luahkan kepada mak ayah sebab bimbang dimarahi, tapi momen raya itulah yang saya paling hargai kerana ia merapatkan hubungan kami,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Dress Hannah

Dress Hannah

Royalcat Comfort 2 Slides Unisex in Black/Cool Dark Gray by PUMA, UK 7

Royalcat Comfort 2 Slides Unisex in Black/Cool Dark Gray by PUMA, UK 7

Must-Watch Video

Advertisement